Gemar Kongsi Resipi, Suri Rumah Raih Lebih 200K langganan Di YouTube

Gemar Kongsi Resipi, Suri Rumah Raih Lebih 200K langganan Di YouTube

Buat anda yang gemar menonton video memasak terutamanya ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, pasti anda sudah mengenali saluran YouTube Sugu Pavithra yang merupakan antara saluran Youtube terkenal ketika ini.


Berasal dari Sungai Siput, Perak, Sugu yang merupakan seorang suri rumah sering berkongsikan resipi masakan terutama sekali masakan India di YouTube seperti kari ayam, vadai, dan sambal udang.
Bermula hanya sekadar suka-suka, percaya atau tidak beliau kini sudah berjaya meraih pendapatan ribuan ringgit dalam masa tiga bulan sahaja daripada pihak YouTube hasil melalui video masakan yang dimuat naik olehnya.

Perkara ini dibuktikan di dalam video yang dikongsikan tiga minggu lalu, ketika beliau mendapat surat daripada Google Adsense.


Hanya menggunakan kamera telefon bimbit serta suntingan video yang minimal, Sugu berjaya membuktikan penyampaian kemahiran memasak yang dimilikinya kepada penonton dengan cukup ringkas dan berkualiti.

Menariknya, dia fasih bertutur dalam bahasa Melayu dan menggunakan bahasa tersebut di dalam videonya.

Biarpun pada awal video pertamanya iaitu cara memasak ikan bakar hanya mendapat lebih kurang 300 tontonan sahaja, Sugu tidak pernah berhenti berkongsi video masakannya serta aktiviti bersama keluarga.


Setakat ini, saluran YouTube Sugu Pavithra sudah berjaya memiliki lebih daripada 200,000 subscribers dan menjadi saluran kegemaran pelbagai lapisan masyarakat.



Video yang dimuat naik adalah sangat ringkas dan bersahaja sehingga mencuri banyak tumpuan warganet.


Pastinya cara penyampaian Sugu yang ikhlas sewaktu berkongsi ilmu dan cara memasak yang tidak renyah membuatkan salurannya sentiasa menerima pengikut yang banyak setiap hari

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MALAYSIA TIDAK IKTIRAF LESEN MEMANDU UNHCR .

Keluhan warga RTC Kelantan tentang peniaga asing