PATi Pasar Borong Selayang terus dengan kedegilan.

PATi Pasar Borong Selayang terus dengan kedegilan.


KUALA LUMPUR — Sangkaan pematuhan orang ramai selepas tamat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Selayang pada 12 Mei lalu tidak seperti diharapkan.


Ia rupa-rupanya tidak banyak mengubah suasana termasuk kawasan Pasar Borong Kuala Lumpur di mana kumpulan pendatang warga asing masih ‘memenuhi’ kawasan berkenaan.


Hasil tinjauan MalaysiaGazette petang tadi menunjukkan masih terdapat jumlah warga asing terutama Myanmar berkeliaran dan apabila lensa kamera jurugambar menangkap foto, barulah ramai dalam kalangan mereka lari bertempiaran bimbang kami pegawai penguat kuasa.


Menurut salah seorang kakitangan swasta yang bekerja berhampiran kawasan tersebut, Firdaus Maksum, warga asing yang mungkin ada pendatang tanpa izin (PATI) itu dilihat tidak menghiraukan peraturan dan operasi prosedur standard (SOP).


Warga asing etnik Rohingya kelihatan santai selepas tidak lagi dibenarkan bekerja susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).


Tinjauan juga mendapati amalan SOP tidak dihiraukan kerana mereka dilihat tidak menjaga kebersihan termasuk gemar meludah merata-rata.


Dalam pada itu, tidak dinafikan banyak juga premis sudah ditutup dan tidak beroperasi sejak PKPB dan salah satu punca kerana ramai warga asing dan PATI telah ditahan oleh pihak berkuasa baru-baru ini.


Menurut seorang penduduk yang enggan dikenali, sebelum ini golongan warga asing memonopoli premis di kawasan berkenaan dan kini sebahagiannya sudah tidak beroperasi namun masih ada segelintir mereka tidak menghiraukan larangan dengan beroperasi secara senyap-senyap.


Sumber : MalaysiaGazzette

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MALAYSIA TIDAK IKTIRAF LESEN MEMANDU UNHCR .

Keluhan warga RTC Kelantan tentang peniaga asing