Selamba Meniaga Sesuka Hati. Warga Asing Kini Ada ‘Port’ Baru, Bebas Buat Hal Macam Negara Sendiri
Selepas menguasai dan ‘menjaj@h’ beberapa lokasi utama sekitar ibu negara, warga asing termasuk pendatang asing tanpa izin (Pati) kini dikesan mula ‘beralih angin’ menjadikan pinggir bandar sebagai penempatan mereka.
Beberapa lokasi di Sungai Buloh, Sungai Besi, Pekan Subang Lama, Kepong, Gombak, Kajang, Subang Jaya, Serdang dan Klang kini mula dipenuhi warga asing yang dilihat berkeliaran di kawasan berkenaan.
Pemerhatian wartawan mendapati di Kampung Baru Sungai Buloh terdapat pasar harian digelar ‘Pasar Bangla’.
Pasar itu wujud rentetan dikuasai kumpulan terbabit selain penempatan mereka dilihat sekitar kilang di kawasan berkenaan.
Siap boleh gaji pendatang lain..
Di beberapa kawasan lain, premis perniagaan dimonopoli pendatang Indonesia, India, Thailand, Myanmar, Vietnam dan Kemboja yang mengendalikan perniagaan secara terbuka, bahkan mampu menggaji pendatang lain.
Selain kedai makan dan restoran, jenis perniagaan diusahakan mereka termasuk kedai jahit, kedai runcit dan dobi.
Ketika tinjauan dilakukan, warga asing terbabit dilihat kebal dan tidak takut dengan tindakan undang-undang yang bakal dihadapi malah, mereka dilihat bebas bergerak seolah-olah ia memang kawasan kampung mereka.
Buktinya, lensa kamera jurugambar merakam aktiviti mereka yang dilihat ‘selamba’ dan bebas menjalankan perniagaan di premis masing-masing tanpa rasa takut.
Premis milik warga tempatan diperiksa, tetapi kedai warga asing tidak periksa pula..
Seorang penduduk tempatan, Mohd Fadli Hamzah, 42, mendakwa pasar di Kampung Baru Sungai Buloh bukan baru bagi warga asing yang tinggal di kawasan berkenaan.
” Sudah beberapa kali video berhubung penempatan dan pasar berkenaan ditularkan namun sehingga kini masih belum diambil tindakan oleh pihak berkuasa.
” Paling tidak masuk akal apabila premis milik warga tempatan diperiksa, tetapi premis warga asing yang terletak kira-kira 500 meter tidak periksa,” katanya.
Menurutnya, penduduk sekitar termasuk penduduk di Kampung Paya Jaras kini mula rimas dengan kehadiran warga asing yang ramai di kawasan berkenaan.
” Memang diakui kawasan ini adalah kawasan industri, tetapi adakah semua warga asing berkenaan mempunyai permit yang sah?
” Ketika wabak Covid-19 melanda ini, mereka dilihat semakin ramai mungkin kerana banyak kilang yang tutup dan tidak menjalankan perniagaan,” katanya.
Tinjauan di semua lokasi terbabit mendapati kawasan itu boleh diibaratkan sebagai ‘kampung’ bagi warga asing.
Seramai tujuh juta warga asing termasuk pendatang asing tanpa izin (Pati) dan pelarian direkodkan tinggal di negara ini sehingga awal tahun lalu.
Perkara itu direkodkan hasil kajian sejak dua tahun lalu yang dilakukan Yayasan Keprihatinan Komuniti Malaysia (MCCF).
5 juta tinggal secara haram
Pengerusinya, Halim Ishak berkata, daripada bilangan itu kira-kira lima juta warga asing tinggal secara haram dan tidak mempunyai permit kerja sah di seluruh negara.
” Isu Pati bukan perkara baharu namun jumlah mereka dilihat semakin meningkat sejak dua tahun lalu disebabkan beberapa faktor antaranya integriti pasukan penguatkuasaan.
” Angka yang tinggi ini menunjukkan penguatkuasaan yang lemah dari segelintir individu yang mempunyai kepentingan dan seolah-olah mempunyai kelompongan dalam menguatkuasakan undang-undang terhadap warga asing,” katanya ketika ditemui Harian Metro.
Halim turut mendedahkan hampir keseluruhan warga asing yang berada di negara ini bakal dikategorikan sebagai Pati kerana gagal memperbaharui permit kerja yang sah berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan.
” Pandemik COVlD-19 yang melanda ketika ini menyerlahkan lagi kehadiran warga asing yang tiada dokumen.
” Kita dapat lihat 0perasi dijalankan pihak berkuasa di kawasan yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).
” Tidak din4fikan penguatkuasa memang menjalankan 0perasi namun 0perasi berkenaan perlu menyeluruh dan tidak bermusim,” katanya.
Sumber : limauais
Ulasan
Catat Ulasan