PEKERJA WARGANEGARA MALAYSIA SUDAH BERSEDIA UNTUK MEMENUHI PASAR BORONG.

PEKERJA MALAYSIA SUDAH BERSEDIA KE PASAR BORONG.

Alhamdulillah,Telah selesai Sesi temuduga yang dilakukan untuk hari ini,
10.5.2020 (AHAD) 

Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan sambutan yang menggalakkan.

Walaupun Pendaftaran sesi temuduga sepatutnya bermula pada jam 2.00 pm, 
Namun peserta telah berada disini seawal jam 8.00 pagi lagi.

Bagi memudahkan Peserta yang hadir awal, Kami telah Menjalankan sesi temuduga pada jam 9.00pagi dan kerana sambutan yang begitu mengalakkan temuduga ini terpaksa dilanjutkan sehingga ke jam 7.00Pm.
Peserta yang hadir dari berbilang bangsa, baik Melayu,Cina,India dan Lain-Lain suku bangsa dari Sabah Dan Sarawak.



Terima kasih diucapkan kepada semua ahli jawatankuasa yang terlibat  bertungkus lumus dalam beberapa hari kebelakangan ini bagi memastikan Program sesi temuduga ini dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Terima kasih juga pada mereka yang hadir untuk ditemuduga atau yang hadir untuk memberi sokongan terhadap program ini.

Tidak lupa juga pada pihak media E-Hailing.fm dan THE MALAYSIAN INSIGHT kerana sudi membuat liputan ketika sesi temuduga dijalankan

Diharap, Pada semua peserta yang telah di temuduga dapat memberi komitmen untuk hadir ke sesi seterusnya (Sesi saringan covid-19) yang akan dilakukan dalam masa yang terdekat.

Setelah selesai sesi saringan covid peserta akan dibuatkan Pas kerja serta boleh mula bekerja.

Bagi mereka yang tidak sempat untuk hadir pada hari ini, 
Untuk sesi temuduga 2.0 yang seterusnya, InsyaALLAH akan dibuat pada tarikh yang akan diberitahu kelak.

Mudah-mudahan dengan berjayanya Program pada hari ini secara tidak langsung dapatlah menepis tanggapan negatif yang dilontarkan oleh sesetengah pihak yang mengatakan tiada warga tempatan yang ingin bekerja di Pasar Borong.

Mudah-mudahan dengan usaha yang dilakukan ini sedikit sebanyak dapat membantu mereka diluar sana yang benar-benar memerlukan pekerjaan.

Pada anda yang ingin mengikuti dengan lebih dekat berkenaan isu-isu di Pasar borong/harian selayang, boleh ikuti kami
Di dalam Group Isu-Isu semasa Pasar Harian Borong Selayang.

Sekian terima kasih.😊

Mohammad Pandu Insani Bin Yahya
Pengerusi PPPKMWP
Sessi Pasar Harian Borong Selayang

#PPPKMWPsessiPHBS.
#TERUSBERKHIDMAT.
#PASARBORONGMILIKWARGATEMPATAN
#E-HAILING
#MALAYSIANINSIGHT

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MALAYSIA TIDAK IKTIRAF LESEN MEMANDU UNHCR .

Keluhan warga RTC Kelantan tentang peniaga asing