Dr Wan Wardatul Amani; 6 Tahun Mencipta Nama di NASA, Amerika
May 4, 2020
Memang ada anak Malaysia yang terlibat dengan projek yang ditaja oleh NASA. Prof Madya Dr Wan Wardatul Amani Wan Salim, 41 tahun anakanda kepada Tuan Mufti Pulau Pinang, Sahibus Samahah Dato’ Seri Dr Haji Wan Salim Wan Mohd Noor.
Ph.D in BioMEMS and Microelectronics dari Weldon School of Biomedical Engineering, Purdue University. Enam tahun lalu beliau mencipta fenomena besar apabila berjaya mencatat sejarah sebagai wanita pertama Malaysia terbabit dalam program penghantaran penyelidikan ke angkasa dalam misi agensi Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA), Amerika Syarikat (AS) ke planet Marikh yang ditaja oleh NASA.
Seawal umur 36 tahun, beliau telah terlibat dengan projek nanosatelit NASA. Beliau diberi tugas mereka bentuk dan membina nanosatelit biopenderia untuk melakukan kajian mengenai kesan graviti terhadap tumbuh-tumbuhan.
Dr Wan Wardatul Amani Wan Salim seorang pakar satelit pernah terlibat dengan satu projek bagi syarikat dan kini bertugas di IIUM, Gombak. Dr Wan Wardatul Amani Wan Salim juga menjadi rakyat Malaysia pertama melancarkan satelit Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) ke angkasa lepas!
Selepas hampir 20 tahun berkhidmat di AS, wanita ini kembali ke tanah air dan berkhidmat sebagai Pensyarah Kanan di Jabatan Bioteknologi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Gombak, Selangor.
Kedit; Penang Kini
Ulasan
Catat Ulasan