Mulut Celupar Cikgu Izzat!!!!!!!!!!DAKWAAN ‘PEMBELA’ TERHADAP JIM TIDAK BENAR
Mulut Celupar Cikgu Izzat!!!!!!!!!!
DAKWAAN ‘PEMBELA’ TERHADAP JIM TIDAK BENAR
Sumber FB
1. Cikgu Izzat Johari dalam FB menggunakan platform NGO – PEMBELA dengan lantang dan agak keterlaluan telah mengkritik Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) serta disambut dengan kata-kata kesat oleh penyokong beliau. Keceluparan Cikgu Izzat menagih Surat Tunjuk Sebab daripada KP Imigresen juga seperti “kuah melebihi sudu”.
2. PEMBELA bukanlah NGO yang berdaftar dengan ROS, mengikut Akta Pertubuhan 1966 (Akta 335) segala aktiviti yang dilaksanakan di bawah payung PEMBELA dengan sendirinya telah menyalahi Rule of Law. Pihak berwajib hendaklah mengambil tindakan keras terhadap PEMBELA malah semua NGO yang tidak berdaftar. Sebarang kenyataan dan tindakan PEMBELA yang bercanggah dengan dasar kerajaan termasuk mempertikaikan tindakan serta tugas penjawat awam boleh diambil tindakan oleh pihak berkuasa.
3. Sedarkah Cikgu Izzat bahawa JIM telah memberi laporan dan penjelasan kepada Ketua Audit Negara pada tahun 2019 mengenai isu yang dibangkitkan. PEMBELA hendaklah “pijak di bumi yang nyata”, JIM tidak perlu menjawab atau menjelaskan apa-apa butiran kepada PEMBELA, apatah lagi kepada Cikgu Izzat. Ringkasnya – TIADA KEPERLUAN.
4. JIM sentiasa bertanggungjawab dalam aspek pengurusan kemasukan dan keberadaan warga asing di Malaysia. JIM turut bertindak secara profesional tanpa berkompromi dalam isu keselamatan dan kedaulatan negara. Warganegara asing yang tidak menghormati Undang-undang Imigresen Malaysia bakal diburu, dibicara dan diusir setelah menjalani hukuman. Cikgu Izzat dicabar untuk tampil dengan sebarang maklumat dan bukti mengenai apa jua salah laku warganegara asing, pihak JIM tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan.
5. Rakyat perlu sedar bahawa pada tahun 2019, JIM telah melaksanakan 17,536 operasi dan seramai 51,300 PATI pelbagai negara telah berjaya ditangkap manakala seramai 58,151 PATI telah diusir. Pihak JIM turut membangunkan Identity Intelligence ke atas semua PATI yang diusir melalui kaedah biometrik sekali gus mereka ini disenaraikan sebagai individu yang dilarang memasuki Malaysia.
6. Dalam tempoh PKP pula, JIM meneruskan operasi secara Omni Presence selain melaksanakan Operasi Bersepadu (gabungan pelbagai agensi penguatkuasaan kawalan sempadan) dan telah berjaya menangkap seramai 1,740 PATI daripada 16,432 warga asing yang diperiksa.
7. JIM kekal melaksanakan pelbagai operasi tanpa had waktu dalam usaha memburu warganegara asing yang memasuki Malaysia secara haram demi keselamatan dan kedaulatan negara. Rakyat diseru agar dapat bertindak sebagai “mata dan telinga kerajaan” dalam menangani sebarang bentuk aktiviti haram rentas sempadan terutama isu pemerdagangan manusia dan PATI. Janganlah ada lagi suara-suara sumbang yang mempertikai keupayaan pihak berkuasa dalam memperketatkan kawalan sempadan darat dan perairan negara.
[
](https://www.facebook.com/photo.php?fbid=717396759014039&set=gm.1027863404275931&type=3&eid=ARBgYFDvZGSHEpOdkS7mBO01iePuw2ly-MkYmXlFqvqiLyT5GI799e2AEN--lpZYlEg_jvT5Osj102Fd&ifg=1)
Ulasan
Catat Ulasan