"Bantuan makan ok bukan kerakyatan" - Penduduk Rohingya Di Selayang Diberi Bantuan Makanan

"Bantuan makan ok bukan kerakyatan" - Penduduk Rohingya Di Selayang Diberi Bantuan Makanan


Baru-baru ini isu penduduk Rohingya hangat diperkatakan oleh netizen dimana mereka menuntut beberapa perkara selama mereka tinggal di Malaysia. Tindakan itu mendapat pelbagai reaksi dan kecaman daripada netizen yang mengatakan mereka ni demand.


Namun atas dasar kemanusiaan, lebih kurang 15,000 pelarian Rohingya yang tinggal di Pasar Boraong Selayang di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) menerima bantuan bungkusan makanan selang beberapa hari dilaporkan mereka kekurangan bekalan makanan, lapor FMT News.


Menurut sumber, bantuan makanan itu telah diedarkan kepada mereka semalam.

“Makanan itu diedarkan kepada wakil setiap rumah. Kami bagi beras, minyak dan tepung”

Bantuan tersebut telah diperuntukkan berdasarkan bilangan setiap isi rumah iaitu setiap bungkusan barangan akan diasingkan kepada setiap kumpulan 5 orang.


Lima kedai juga dibenarkan buka dari pukul 10 pagi hingga 6 petang.

Biasanya, kedutaan bertanggungjawab untuk memberi makanan kepada warganya namun etnik Rohingya tidak diakui sebagai warganegara oleh kerjaan Myanmar.

Harapnya, lepas ni tiada lagi  rungutan daripada penduduk Rohingya ni.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Covid-19: Penumpang bas ekspress Seremban-Sungai Petani dirayu tampil

((Live)) MPKj Laksana Tindakan SITA KEATAS Premis Perniagaan Warga Asing

Bos Bangla pukul staff warga tempatan