𝐀𝐍𝐆𝐊𝐀𝐑𝐀 𝐌𝐀𝐉𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐀𝐌𝐁𝐈𝐋 𝐏𝐀𝐓𝐈 KERAJAAN BELANJA RM 5.2JUTA SEBULAN TAK PASAL PASAL.
𝐀𝐍𝐆𝐊𝐀𝐑𝐀 𝐌𝐀𝐉𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐊 𝐁𝐄𝐑𝐓𝐀𝐍𝐆𝐆𝐔𝐍𝐆𝐉𝐀𝐖𝐀𝐁 𝐀𝐌𝐁𝐈𝐋 𝐏𝐀𝐓𝐈 𝐁𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀, 𝐁𝐈𝐋𝐀 𝐊𝐄𝐍𝐀 𝐓𝐀𝐍𝐆𝐊𝐀𝐏, 𝐑𝐌 𝟓.𝟐 𝐉𝐔𝐓𝐀 𝐒𝐄𝐁𝐔𝐋𝐀𝐍 𝐃𝐈𝐏𝐄𝐑𝐋𝐔𝐊𝐀𝐍 𝐔𝐍𝐓𝐔𝐊 𝐓𝐀𝐍𝐆𝐆𝐔𝐍𝐆 𝐊𝐎𝐒 𝐌𝐀𝐊𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐏𝐀𝐓𝐈 𝐃𝐈 𝐃𝐄𝐏𝐎𝐓 𝐈𝐌𝐈𝐆𝐑𝐄𝐒𝐄𝐍.
Jadi jangan ambil PATI bekerja. Tak ada kerja, mereka pun tak akan masuk secara haram, salah guna pas dan tinggal lebih masa.
Kerajaan turut membelanjakan lebih RM5.2 juta sebulan bagi menampung kos makanan. Jumlah ini adalah bersamaan RM173,952 atau RM12 sehari bagi setiap seorang dan kebanyakan daripada mereka terpaksa berada di depot dalam tempoh sebulan hingga dua bulan sebelum dihantar pulang ke negara masing-masing.
Setiap hari, PATI akan diberikan makan empat kali iaitu sarapan, makan tengah hari, minum petang dan makan malam. Menunya juga diluluskan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) atas nasihat Kementerian Kesihatan (KKM).
Kos ini tidak termasuk dengan jumlah 382 PATI yang sedang dirawat kerana menghidap penyakit koronavirus (Covid-19) dari tiga depot tahanan Imigresen yang terletak di Semenyih, Bukit Jalil dan Sepang.
Gambar: Google
Ulasan
Catat Ulasan