Orang Awam Dibenar Pandu Kenderaan Dengan Lesen Tamat Tempoh Ketika PKP
Memahami situasi yang sedang dihadapi oleh rakyat Malaysia khususnya bagi mereka yang lesen memandu telah tamat tempoh, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) membenarkan mereka yang lesennya sudah tamat tempoh untuk memandu kenderaan.
Bagaimanapun JPJ memaklumkan bahawa kenderaan persendirian masih lagi tertakluk terhadap pengecualian pembaharuan LKM dan lesen memandu dalam tempoh PKP seperti yang telah diumumkan oleh Menteri Pengangkutan.
Meskipun membenarkan kenderaan dipandu dengan lesen tamat tempoh, JPJ memberi keizinan kepada POS Malaysia untuk menguruskan urusan permbaharuan lesen memandu dan LKM bagi kenderaan persendirian.
Walaubagaimanapun JPJ menjelaskan bahawa pembukaan urus niaga di kaunter JPJ akan dibuat secara berperingkat bagi mengurangkan risiko penularan pandemik COVID-19 di semua kaunter urus niaga JPJ.
Sumber: Sinar Harian
Ulasan
Catat Ulasan