Mudahkan tuntutan elaun khas frontliners – Zahid

Mudahkan tuntutan elaun khas frontliners – Zahid


1. Saya memahami terdapat aduan/rintihan dari kakitangan barisan hadapan ibu sukar untuk mendapatkan elaun yang telah diumumkan kerajaan. Saya harap Kerajaan/KKM melalui ketua-ketua jabatan perlu permudahkan urusan tersebut.


Prosedur untuk pekerja buat tuntutan elaun adalah sebagai garis panduan saja. Jangan terlalu ketat dengan birokrasi. Perlu lebih terarah kepada “adaptive culture”. Prosedur biasa tidak sama seperti keadaan kecemasan.


2. Pemberian elaun kepada semua yang terlibat harus dibuat tanpa mengira kiraan jam bekerja. Tidak wujud unsurketidakadilan kerana semua pekerja barisan hadapan dan belakang terdedah kepada bahaya. Risiko kepada semua adalah sama, iaitu nyawa.


3. Cadangan saya, cukup saja dengan lampiran maklumat peribadi seperti nama, no kad pengenalan/no staf. Tidak perlu terlalu terperinci seperti tempoh jam bekerja dll.


4. Barisan hadapan, barisan belakang masing-masing mempertahankan negara dengan nyawa mereka, dengan meninggalkan waktu bersama keluarga mereka.


Tiada keefisienan barisan hadapan tanpa keefisienan barisan belakang yang turut menjadi penyambung kepada rantaian tugas mulia tersebut. Jadi, permudah dan bantulah juga urusan mereka. Di pihak UMNO, kita sentiasa cakna dengan keadaan rakyat setiap masa.


5. Saya juga terfikir bagaimana nasib segelintir lagi golongan yang Kerajaan/KKM terlepas pandang. Iaitu kakitangan pembersihan dan petugas yang menyelenggara sistem hospital seperti juruteknik yang membersih sistem pendingin hawa. Jika virus tersebar melalui pendingin hawa, mereka adalah antara yang berisiko.


6. Saya akan berbincang dengan YB Menteri Kesihatan terutama Barisan Menteri Kabinet UMNO agar nasib ‘frontliners’ terbela di mana sahaja mereka berada.


Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi

Presiden Umno


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MALAYSIA TIDAK IKTIRAF LESEN MEMANDU UNHCR .

Keluhan warga RTC Kelantan tentang peniaga asing