KEDAI ACHEH BANGLA DI AMPANG JAYA TIDAK TAKUT PENGUATKUASA
Update terkini pemerhatian terhadap operasi bersepadu MPAJ pada 28 May 2020
Pemerhatian terhadap Kedai Acheh di bus stop Taman Dato Ahmad Razali dan di Kampung Melayu Ampang hanya bertahan 3 hari.
Peniaga Aceh mula berniaga secara terang terangan tanpa takut kepada penguatkuasaan dan Aduan orang ramai.
Siasat punya siasat, kedai di sebelah Bus Stop Taman Dato Ahmad Razali rupanya mempunyai ilmu kebal, dimana Tuan punya kedai yang tinggal di Flat TDAR adalah anak kepada mantan ketua cawangan Parti Politik dan mempunyai cabel didalam MPAJ. Patutlah senang hati menyewa kepada pendatang tanpa rasa risau.
Akibat peniaga tempatan tidak amanah, sanggup menyewa kedai kepada perniaga Peniaga Acheh demi mengaut wang mudah.
Lihat peniaga Acheh menjual rokok seludup tanpa ada rasa takut tindakan undang undang.
Dahulu ada peniaga tempatan berniaga daging lembu dihadapan berhampiran jalan ditempat sama..MPAJ sepantas kilat ambil tindakan bagi warning pada peniaga tersebut..sama jugak dengan peniaga Lemang dihadapan Apartment Desa 288 ..di beri lesen bersyarat untuk tempuh amat singkat.
Pemerhatian Kedua dikawasan Spectrum Ampang berhampiran Maybank. Peniaga Bangladesh berniaga secara tertutup di lorong tikus dibelakang kedai India menjual barangan keagamaan Hindu.
Ikan, Sayur, ayam dijual yang disasarkan kepada pembeli warga Asing.
Semalam Berita TV1 , KPDNKK buat pemantauan harga barangan terkawal dan telah menyaman peniaga kedai warga tempatan. Tahniah atas tindakan ini.
Warga asing tiada hak berniaga tetapi mereka terus berniaga kerana penguatkuasaan lemah.
Ulasan
Catat Ulasan