Jual arnab untuk bayar pinjaman PTPTN, pesakit kanser dapat hadiah mengejutkan dari PTPTN



Jual arnab untuk bayar pinjaman PTPTN, pesakit kanser dapat hadiah mengejutkan dari PTPTN





Kisah pesakit kanser yang juga graduan Universiti Malaysia Kelantan (UMK) yang diraikan dalam majlis konvokesyen ringkas di rumahnya tahun lalu oleh pihak UMK pastinya diingati rakyat Malaysia.


Abdul Halim Mat Hassan yang menderita kanser pangkal hidung tahap 4 tidak mampu untuk bekerja telah mengambil inisiatif dengan menjual arnab yang diperihara sebagai sumber pendapatan.



Menerusi Berita Harian, Abdul Halim memaklumkan dia menjual arnab-arnab tersebut demi untuk membayar balik wang pinjaman Perbadanan Tabung Pengajian Tinggi Nasional (PTPTN).




Graduan Ijazah Sarjana Muda Pengajian Warisan sebelum ini membuat kelas tambahan dengan mempunyai lebih kurang 40 orang pelajar, namun terpaksa berehat panjang berikut Perintah Kawalan Pergerakkan.


Susulan daripada itu, dia yang tiada sumber pendapatan lain telah menjual arnab yang sudah dipelihara sejak beberapa tahun untuk membayar PTPTN.


Terpanggil dengan kesempitan yang dihadapi oleh pesakit kanser itu, Pengurus Besar PTPTN Negeri Kelantan, Mohd Azrul Akmal Mamat hadir ke rumah Abdul Halim hari ini untuk menyerahkan surat pengecualian pembayaran balik PTPTN sambil disaksikan kedua ibu bapanya.



Menurut Mohd Azrul, pihak mereka sudah menerima surat pengecualian bayaran balik oleh Abdul Halim, namun masih dalam proses berikutan perlu menyemak dahulu maklumat peminjam.


Abdul Halim merasa amat bersyukur diatas langkah kerajaan mengecualikan bayaran PTPTN dan ini rezeki Ramadan buatnya dan sudah tentu memberi kelegaan buat dia dan keluarga kerana tiada pendapatan kukuh bagi membayar balik pinjaman disamping mempunyai masalah kesihatan kronik.


“Alhamdulillah, pada petang ini saya mendapat panggilan telefon daripada pihak PTPTN yang memaklumkan saya tidak perlu membayar pinjaman sebanyak RM26,000.”


Sumber : Buletin TV3, Hazira Ahmad Zaidi (Berita Harian)

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MALAYSIA TIDAK IKTIRAF LESEN MEMANDU UNHCR .

Keluhan warga RTC Kelantan tentang peniaga asing