80% warga asing berniaga dengan menggunakan permit dan PAS dari Syarikat Palsu

Syarikat Palsu /Dummy Companies : Syarikat Palsu

80% warga asing berniaga dengan menggunakan permit dan PAS dari Syarikat Palsu .


Syarikat Palsu @ Dummy Companies.


Apakah itu syarikat Palsu atau Dummy companies?


Ramai yang sangkakan ,ungkapan ini merujuk kepada syarikat perniagaan yang di Ali Babakan Kepada warga asing.


Dalam konteks ini ianya lebih daripada isu Ali Baba.


Pernah terfikir, kenapa sesebuah kedai runcit itu tidak Dapat ditutup dan warga asingnya tidak ditangkap dan diusir keluar dari Malaysia?


Kenapakah Setiap laporan kita pada Imigresen tidak membuahkan hasil yang diharapkan?


Boleh dikatakan 80% warga asing yang berniaga di Malaysia menggunakan 'Syarikat Palsu' supaya mereka Kebal.


Hanya 10% saja yang benar² dikendalikan oleh PATI dan selebihnya mereka yang telah berkahwin dengan warga asing tersebut.


Disini kami akan mengemukan Beberapa bukti kewujudaan Syarikat Palsu yang diketahui oleh agen² Dan Jabatan Penguatkuasa.


Maksud Syarikat Palsu dalam konteks kita adalah -


1) Syarikat yang beroperasi secara sah yang membenarkan ianya digunakan sebagai proksi.


Iaitu warga asing akan menggunakan Permit atau Pas dari syarikat itu untuk berada Dan berniaga di Malaysia secara 'SAH'.


2) Syarikat sediada(Ready made) yang dibeli oleh warga asing untuk tujuan memohon Pekerja Asing yang kemudianya menggunakan permit tersebut untuk menjadi peniaga dan pekerja ditempat lain.


Syarikat ini biasanya dibeli dibawah nama warga tempatan.


Syarikat ini jua tidak mempunyai atau melakukan sebarang aktiviti perniagaan.


3)Ada juga Syarikat yang pernah membuat Permohonan untuk mengambil pekerja asing tetapi ditolak dan setelah setahun mereka mendapati syarikat mereka dipergunakan oleh individu tertentu bagi mendapatkan pekerja asing Tanpa pengetahuan mereka.


4) Syarikat Palsu yang menjalankan perniagaan secara sah Tetapi Pemilik sebenarnya adalah warga asing.


Ingin Kami menyatakan Kesemua diatas merupakan warga asing yang menyalah gunakan permit atau PAS mereka yang menjadikan mereka PATI secara otomatik.


Secara ringkasnya Adanya beberapa sindiket yang bekerja Sama dengan pihak wajib Dan agen pekerja asing bagi memudahkan hasrat warga asing tersebut.


Kebanyakan Syarikat Palsu ini tertubuh bagaikan cendawan semasa Proses Pemutihan 5p dan 6P ,di mana kriteria mempunyai pekerja asing dalam syarikat tersebut adalah amat longgar .


Yang memperolehi permit mereka pada masa itu biasanya merupakan pekerja am yang kemudiannya menjadi Bisnes Taikun.


Selepas era 5P Dan 6P, ujud pelbagai sindiket yang membentuk syarikat Palsu bagi mendapatkan permit dan PAS bagi warga peniaga haram ini.


Bagaimanakah mereka boleh melepasi proses pengambilan pekerja warga asing JIM?


Apakah Syarat pengambilan pekerja asing begitu Mudah?


Kita Akan bincangkan Topik itu dalam artikel yang lain.


Sekarang kita ingin tahu peranan Syarikat Palsu dalam mengagalkan usaha Bahagian Operasi Imigresen dalam menjalankan tugasnya.


CMM sentiasa diawasi Kerana takut Tembelang pengkhianat negara akan terbongkar


Contohnya - Syarikat ABC mempunyai permit 50 warga asing Dan 50 orang asing Ini menjalankan perniagaan, Ingat mereka mempunyai permit yang sah Dari Syarikat Palsu ABC Dan perniagaan kedai runcit pulak dibawah warga tempatan yang menjadi Ali Baba. (Makan Rasuah Setiap bulan dengan menjual maruahnya)


Pemilik tidak akan duduk di tempat juruwang pada kebiasaanya Kerana mereka tahu ianya adalah satu kesalahan dibawah Akta Imigresen .


Semasa Operasi jika diperiksa warga tersebut, permit Akan didapati sah dan Dia Akan memberitahu bahawa Di berada Disana sebagai Pelanggan.


Ada Kalanya kedai tersebut Diberikan kelulusan bagi menggaji warga asing Dan mereka yang menyatakan bahawa dia adalah pekerja disana merupakan Pemilik sebenar Kedai tersebut.


Ini adalah definasi Syarikat Palsu No. 4.


Kita Akan bertemu dalam Bahagian 3 ,Syarikat Palsu. Dengan contoh Salah laku Dan bagaimana untuk mengatasi Masalah Ini.


Benteras Syarikat Palsu Dan Taikun warga asing akan lenyap Selama Lamanya.



Kredit: https://syarikatpalsu.blogspot.com/2020/05/syarikat-palsu.html?m=1

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MALAYSIA TIDAK IKTIRAF LESEN MEMANDU UNHCR .

Keluhan warga RTC Kelantan tentang peniaga asing