Gambar penumpang berhimpit dalam tren KTMB 'menakutkan'
Gambar penumpang berhimpit-himpit macam sardin dalam tin dalam tren Keretapi Tanah Melayu (KTMB) cukup 'menakutkan' ramai pihak.-Gambar FB
KUALA LUMPUR – Gambar dan video penumpang berhimpit-himpit macam sardin dalam tin dalam tren Keretapi Tanah Melayu (KTMB) semalam cukup ‘menakutkan’ ramai pihak.
Dalam keadaan penularan Covid-19 semakin terkawal, situasi seperti dalam gambar yang tular di media sosial itu menyebabkan kemarahan netizen dan bimbang kelonggaran yang diberikan oleh kerajaan dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) disalahgunakan.
KTMB dalam satu respon kepada netizen menerusi media sosial bertarikh hari ini mengesahkan gambar berkenaan adalah sahih dan memohon maaf atas apa yang berlaku.
‘Set tren yang asal mengalami masalah teknikal dan pihak kami telah gantikan dengan set tren 3 car dan menyebabkan ruang terhad,” katanya menjawab pertanyaan netizen.
“Rapid KL nafi. Gambar yg tular ini tiada kena mengena dengan perkhidmatan Rapid KL dan tidak berlaku pada tren LRT,” kata kenyataan MyRapid.
Apa sekali pun, sekiranya benar ia berlaku kepada tren KTMB, ia tidak sepatutnya berulang dalam keadaan orang ramai perlu akur kepada penjarakan sosial pada masa ini dan tidak mampu lagi menerima kluster baharu Covid-19 dalam negara.
Mungkin pihak berkuasa termasuk Kementerian Pengangkutan perlu memberi penjelasan mengenai apa yang berlaku.- MalaysiaGazette
Ulasan
Catat Ulasan