Hidayah Diakhir Hayat, Syurga Buatmu Tan Foo Hock – Geng Dedah “Tiga kali saya suarakan supaya dia berdoa kepada tuhan minta kurangkan kesakitannya sepanjang kira-kira tiga minggu dia tinggal di Subang Jaya, memandangkan dia seorang free thinker, dia hanya diam. “Akhirnya, kira-kira 9 pagi Selasa lalu ketika saya bangkitkan hal sama, dia minta penjaganya, Nurin, untuk ajar dia mengucap dua kalimah syahadah,” kata Suzie Tan Eng Lian, 59. Suzie adalah adik kepada Tan Foo Hock, 66, yang tular di media sosial beberapa hari kebelakangan ini selepas dikatakan memeIuk Islam sebelum meninggaI dunia kurang 24 jam kemudian. Foo Hock dipercayai menggunakan Mohammad Ridzuan Tan Abdullah sebagai nama Islamnya meninggaI dunia akibat kanser di kediaman Suzie di Subang Jaya, Selangor, 27 Mei lalu. Menurut Suzie, meskipun berlainan agama, dia dan adik-beradik lain tiada masaIah dengan keputusan abangnya untuk memilih Islam sebelum menghembuskan nafas terakhir. Malah, Suzie sebal