Tommy Thomas rebah melutut dengan jawapan balas PM6

Keangkuhan Tommy Thomas tersungkur melutut dengan jawapan balas PM6

Sesi Bela diri #Bossku ke SRC 


Tommy Thomas telah pohon kepada mahkamah agar DS Najib tidak dibenarkan untuk berkomunikasi atau mendapatkan nasihat daripada peguam belanya sehinggalah pihak pendakwaan selesai membuat pemeriksaan balas. Mahkamah membenarkan.

 Tommy berniat perang satu lawan satu  dengan DS Najib Razak. Tommy merancang  nak bogelkan Najib. Tommy akan buat Najib terkantoi menipu. Seorang peguam dengan pengalaman puluhan tahun akan memusnahkan seorang individu yang tiada latar belakang undang-undang. Begitulah  keangkuhan Tommy Thomas merancang strategi untuk menang perlawanan dengan DSNajib. 

Pertembungan keangkuhan peguam Komunis PKM dengan kebijaksanaan PM6  seorang Jurutera Ekonomi Negara diakui kepakarannya.

Nak tau apa jadi?

Terbalik.

Pertama, Tommy desak DSN mengaku bahawa nota tulisan tangan 'bersetuju dengan cadangan' adalah satu bentuk arahan kepada pegawai Kumpulan Wang Amanah Persaraan (KWAP) bagi memberi pinjaman kepada SRC. 



DSNajib  jawab: saya setuju dengan cadangan sahaja. Mana boleh bagi arahan sebab KWAP kena buat analisis risiko tawaran dahulu sebelum boleh luluskan. Yang pandai-pandai anggap sebagai arahan pasal apa? SOP kan ada

Kedua, Tommy kemudiannya cuba desak DSN mengaku bahawa beliau (DSN) sebagai Menteri Kewangan bertanggungjawab luluskan pinjaman KWAP kepada SRC. 

DSNajib  jawab, saya mana boleh beri kelulusan. Tak ada kuasa dalam undang2. Panel sahaja boleh beri. 

Bila Tommy desak lagi supaya beliau mengaku, 

DSN tanya balik "Awak peguam negara, awak tunjuklah undang-undang mana" 

Pukulan TKO aib sungguh kena atas Tommy Thomas.

Ketiga, Tommy desak DSN mengaku bahawa beliau telah menghalang Nik Faisal (CEO SRC) daripada memberikan maklumat pelaburan SRC kepada KWAP. 

DSN jawab, dia (Nik Faisal) yang kata saya halang. Saya tak cakap pun. 

Tuan-tuan, point pertama dan kedua menunjukkan Tommy ni tak layak langsung jadi Peguam Negara. Langsung tak reti tanya soalan untuk memerangkap tertuduh. 

Tetapi point ketiga sebenarnya menunjukkan DS Najib bukan calang-calang pengetahuannya dalam perundangan.

Sejak dari awal, 'line of defense' pihak pembelaan sangat konsisten. Iaitu segala yang berlaku adalah diluar pengetahuan / disembunyikan daripada DSNajib. 

Dalam peringkat membela diri, tertuduh tidak boleh sama sekali mengemukakan pembelaan bersifat 'after thought'. Maknanya baru nak fikir, baru nak cari alasan. Mahkamah akan cenderung berpendirian bahawa tertuduh menipu. 

Tetapi apabila 'line of defense' sangat konsisten daripada awal perbicaraan serta gagal dicabar oleh pendakwaan maka peluang tertuduh dibebaskan adalah amat cerah.

Dan DSNajib berjaya mengekalkan "line of defense" tersebut seorang diri walaupun dicabar oleh Peguam Negara.


----kredit 
Abdul Rahim Hilmi Zakariya
Bukit Tunggal Kuala Terengganu

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Sedih apabila melihat dua keadaan berbeza di Pasar Borong Selayang.

kkm tarik keluar 10 ubat gastrik risiko kanser