Langkau ke kandungan utama

Niat besar disebalik himpunan haram komunis PKM 2 Disember 2019

Maklumat ini tidak disiarkan oleh media pro kerajaan PH-PKM. 

Para sejarahwan mengingatkan kita bahawa Parti Komunis Malaya PKM sama sekali tiada kaitan dengan Parti Komunis China PKC.

PKC telah secara rasmi menghentikan segala bentuk sokongan kepada PKM sebaik terjalin hubungan diplomatik Malaysia China pada 31 Mei 1974. 

Perdana Menteri Ke 2 Tun Abd Razak Hj Hussein ketika itu mengambil keputusan mengiktiraf kedaulatan China dan menjadi pencadang tunggal membawa China menganggotai Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu. 

Atas jasa besar Malaysia dan Tun Abd Razak, kerajaan China memberi penghormatan khusus kepada Malaysia dan keluarga Tun Abd Razak. 
 
Sudah menjadi tradisi bagi kerajaan China mensyaratkan semua diplomat negara berkenaan wajib mengunjungi Toh Puan Hajah Rahah bagi menyampaikan salam dari kerajaan China.

Hubungan istimewa ini hanya khas untuk Malaysia sahaja.


Semasa berita ini ditulis, Penganjur himpunan Parti komunis Malaya yang diharamkan   sudah memadamkan ciapan dalam FB pada December 2, 2019 .

Himpunan berkenaan diadakan secara  haram kerana tiada sebarang permohonan permit dari PDRM.


Penyokong pengganas Parti Komunis Malaya PKM bertindak memadamkan muatnaik-muatnaik yang mengagung-agungkan pengganas PKM dari Facebook mereka sebaik sahaja  Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, mengumumkan beliau risau, tidak memandang ringan dan telah meminta pihak polis membuat siasatan ke atas perhimpunan membabitkan bekas-bekas pengganas PKM berkenaan dan para penyokong mereka di New Era University College.

Sangat jelas ia bukan semata-mata usaha untuk merayakan “Ulang Tahun Ke-30 Penandatangan Perjanjian Damai Hatyai” tetapi adalah “usaha untuk menghidupkan semula semangat PKM yang lampau”. 

Malah, seperti disebut oleh pengganas komunis PKM, Tan Yi Yu, dalam perhimpunan itu, ia adalah untuk menegakkan kebenaran bahawa para pengganas PKM adalah pejuang kemerdekaan, demokrasi, kebebasan dan keamanan. Namun sehingga ke hari ini kita tidak temui fakta berapa ramai askar jepun dibunuh oleh PKM. 

Apa yang berlaku ketika pendudukan jepun di Tanah Melayu, PKM telah menipu British untuk mendapat senjata dan latihan di Singapura ketika itu. Kemudian mereka melarikan diri bersembunyi di Selatan Thailand sehingga Jepun menyerah kalah. 

PKM Chin Peng  sentiasa menyembunyikan kezaliman 14 hari memerintah Tanah Melayu semasa tempoh peralihan kuasa kepada British sekitar 3 Sept 1945 hingga 20 Septembet 1945.

Perkara Penting Yang Perlu jenerasi baru tahu semasa 14 Hari Pemerintahan Komunis.



Parti komunis malaya (PKM) menguasai tanah melayu melalui MPAJA (malayan people anti japanese army) selama 14 hari 3/9/1945-17/9/1945. 

MPAJA juga dikenali sebagai tentera Bintang Tiga.

  • MPAJA menguasai kawasan bandar, balai polis dan pejabat kerajaan.
  • MPAJA jatuhkan hukuman sesiapa yang disyaki bekerjasama dengan Jepun.
  • Cukai kepala, cukai harta, cukai tanah diperkenalkan oleh MPAJA.
  • Menculik dan menyeksa orang melayu yang disyaki bersubahat dengan Jepun.
  • Menghukum (tampa perbicaraan) orang cina yang tidak mahu berkerja sama dengan mereka.
  • Merampas dan merompak harta benda orang kampung
  • Di Batu Pahat, PKM membunuh penghulu melayu kerana disyaki bersubahat dengan Jepun.
  • Seorang Pegawai Daerah melayu yang cuba berunding dengan PKM dibunuh.
  • Di Jelebu, masjid dan surau telah dicemarkan.
  • Di Kg Bakor dan Sg Manik, Perak, rumah-rumah orang melayu dibakar
  • Berlaku ketegangan kaum kerana kebanyakan anggota PKM terdiri daripada orang cina.
  • Orang melayu bersatu dan bangun menentang PKM.
  • Orang melayu pimpinan kiai salleh karim bergabung tenaga untuk menyerang orang cina yang jadi tali barut komunis di Bandar Batu Pahat.
  • Dato’ Onn Ja’afar ketika itu Pegawai Daerah Batu Pahat menghalang serangan tersebut.
Dan akhirnya ketegangan dan huru hara selama 14 hari pemerintahan komunis itu berjaya di atasi apabila pihak british kembali ke tanah melayu dan memperkenalkan pemerintahan BMA (British Military Administration) pada 20 september 1945.


Tidak sukar difahami apa yang bakal berlaku jika kehendak bekas-bekas pengganas komunis PKM  dan para penyokong mereka supaya para pengganas komunis diiktiraf sebagai pejuang kemerdekaan tercapai. Malah, sebagaimana abu mayat Chin Peng dibawa balik atas dasar menghormati hasrat Chin Peng, apa lagi yang boleh menghalang hasrat beliau supaya patung tokoh-tokoh komunis turut diletakkan di Tugu Negara sebagai hero pejuang kemerdekaan?

Tidak menjadi masalah jika muatnaik-muatnaik mengenai perhimpunan di New Era University College dipadamkan dari Facebook penyokong pengganas komunis kerana saya sendiri sejak awal-awal lagi telah menyimpan muatnaik-muatnaik tersebut sebagai rekod peribadi.

 Di sini saya sertakan kandungan-kandungan muatnaik-muatnaik tersebut, dengan harapan agar ia akan dapat membantu siasatan pihak polis ke atas perhimpunan tersebut.

Penganjur perhimpunan tersebut adalah:

1. Persatuan Persahabatan Abad Ke-21 Malaysia (PPAKM)
2. Persatuan Persahabatan Phoenix Malaysia (PPPM)
3. Persatuan Persahabatan Berpanjangan Malaysia (PPPTM)
4. Persatuan Pendidikan dan Budaya Tionghua Kuala Lumpur dan Selangor
Berdasarkan pengakuan Yeap Kian Kok pada 26 Jun 2017, PPAKM, PPPM dan PPPTM adalah tiga persatuan yang ditubuhkan dan dianggotai oleh bekas-bekas pengganas komunis.

Pengurus perhimpunan tersebut adalah:

1. Pengerusi Perhimpunan: Cheah Teng Hooi, 012-433 5153.
2. Pengerusi Jawatankuasa Kerja Perhimpunan: Wong Kam Leong, 012-322 6239.
3. Setiausaha Jawatankuasa Kerja Perhimpunan: Phang Meng Cheong: 012-252 4349.

Pemberi ucapan dalam perhimpunan tersebut adalah:

1. Profesor Dato’ Dr Abdul Rahman Embong: Felo Utama di Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa (IKMAS), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

2. Ronnie Liu Tian Khiew: Ahli Jawatankuasa Pusat DAP, Setiausaha DAP Selangor dan ADUN Sungai Pelek.

3. Dr Michael Jeyakumar Devaraj, Pengerusi Parti Sosialis Malaysia (PSM).

4. Indra Jaja Abdullah.

5. Tan Yi Yu.

6. Wong Pah Sam.

7. Ngeow Yinn Gee.

Profesor Dato’ Dr Abdul Rahman Embong direkodkan di dalam buku “Di Sebalik Rundingan Damai Hatyai” terbitan Alaf 21 sebagai pernah “melarikan diri ke sempadan Malaysia-Thailand dan bersembunyi di dalam hutan bersama Rejimen ke-10 PKM”.

Ronnie Liu Tian Khiew direkodkan meletakkan foto beliau memberi ucapan dalam perhimpunan itu sebagai “cover photo” Facebook beliau yang diiringi tulisan “salute to independepence freedom fighters and patriots” sebelum ia dipadamkan.

Indra Jaja Abdullah adalah bekas pengganas komunis, dan merupakan menantu kepada pemimpin komunis Melayu, Abdullah CD, begitu juga Tan Yi Yu dan Wong Pah Sam.

Lokasi perhimpunan tersebut adalah:
New Era University College.

New Era University College adalah institusi pendidikan tinggi milik Dong Jiao Zong melalui syarikatnya bernama Dong Jiao Zong Higher Learning Centre Bhd. Tapak kampus New Era University College asalnya adalah milik Merdeka University Berhad yang dimaksudkan untuk pembinaan institusi pendidikan tinggi Cina bernama Merdeka University tetapi diserahkan kepada Dong Jiao Zong setelah penubuhan Merdeka University terhalang.

Pemilik NEUC Dong Zong puak Ektrimis
Golongan yang memiliki New Era University College inilah yang Tun Dr Mahathir Mohamad pernah sifatkan sebagai “puak ekstremis” yang “tindakan mereka tidak banyak berbeza dengan tindakan komunis dahulu” pada 30 Ogos 2000 dan yang Tun Dr Mahathir Mohamad pernah sifatkan sebagai “rasis yang tak suka orang Melayu’ pada 12 Ogos 2019.

Desak Ubah Buku Teks
Timbalan Naib Canselor New Era University College, bernama Profesor Dr Lee Kam Hing, inilah yang mendesak supaya buku teks sejarah yang diguna pakai di sekolah dan di universiti sekarang diubah dalam forum bertajuk “Naratif Malaysia Baharu” di Mega Chinese Methodist Church, Kota Damansara, Selangor, pada 14 September 2019.

NEUC dapat dana khas
Dan New Era University College inilah yang menimbulkan keributan kepada masyarakat tempatan apabila ia diberikan dana khas di luar bajet kerajaan dari Kementerian Kewangan yang disampaikan sendiri oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, dengan disaksikan oleh Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching, pada 11 Januari 2019.

Kenapa padam muat naik? 
Bagi saya benda ini mudah saja, pemadaman muatnaik-muatnaik dari Facebook ini adalah semacam satu pengakuan bersalah, KALAU TIDAK BERSALAH KENAPA PADAM? – Buletin Asia

Perkongsian oleh.
Angkatan Tentera Medsos


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MALAYSIA TIDAK IKTIRAF LESEN MEMANDU UNHCR .

Keluhan warga RTC Kelantan tentang peniaga asing