Menakjubkan kebaikan cili untuk badan kita

Menakjubkan Kebaikan Dan Kelebihan Makan Cili   


Cili atau cabai dengan nama saintifik  ialah Capsicum merupakan sebahagian sumber makanan harian berkhasiat untuk badan.


Terdapat bermacam-macam jenis cili iaitu cili hijau, merah, cili Api, cili burung dan lain-lain. Tetapi menariknya, ada yang pedas berdesing sampai berasap keluar ikut telinga!

Kalau anda orang Malaysia tulen tentu tak puas kalau tiada cili dalam masakan. Tetapi tahukah anda, apa kebaikan cili pada kesihatan kita?

Cili ada komponen aktif namakan capsaicin yang baik untuk kesihatan kita.

Berikut ini beberapa kebaikan yang ada dalam cili :

1. Menurunkan Kadar Gula Dalam Darah

Kajian membuktikan cili boleh mengawal tahap insulin selepas makan. Paras gula dalam darah berkurang sehingga 60% selepas makan cili. Orang yang kencing manis dan tinggi berat badan makan cili baik untuk anda. Tetapi jangan dikunyah-kunyah macam sireh tiap masa.

2. Menjadi Punca Hormon Endorfin

Dalam satu penyelidikan didapati cili membuatkan otak kita melepaskan endorfin. Iaitu hormon yang bertindak untuk menghilangkan rasa sakit yang dialami oleh tubuh badan.

3. Penyenang Fikiran Dan Jiwa

Tentu anda berasa pelik, cili rasa pedas tapi anda suka juga dan puas makan cili sehingga kalau tiada cili dalam masakan rasa tiada kepuasan. Ini kerana hormon endorfin yang dikeluarkan otak memberi nikmat semasa makan dan ketagih serta menaikkan selera anda walaupun ianya pedas.

4. Menyihatkan Jantung Dan Elak Strok

Cili meningkatkan peredaran darah yang dapat mengelak daripada risiko serangan jantung dan strok.

5. Mencegah Kanser Prostat

Ada kajian mengatakan bahawa siapa makan cili risiko dapat kanser prostat rendah.

6. Cili Sebagai Antibiotik

Capsaicin ada ciri-ciri anti-bakteria dan anti-radang. Cili membantu melancarkan peredaran darah dan bawa darah putih melawan jangkitan kuman.

7. Melegakan selsema Dan asma

Cili dapat melegakan hidung yang tersumbat dengan meningkatkan metabolisme. Ia juga berfungsi mengembangkan saluran udara paru-paru dan mengurangkan asma. Jadi sesiapa rasa dada sempit atau asma nak menyerang, cuba-cubalah makan cili.

8. Membantu Bakar Lemak

Capsaicin meningkatkan kadar metabolisme dan pembakaran lemak. Kajian menunjukkan cili mampu meningkatkan kadar metabolisme anda sehingga 23% hanya dalam masa 3 jam. Bagi sesiapa nak turunkan berat badan, makanlah cili dalam diet anda.

9. Cili Sebagai Antioksidan

Cili ada vitamin C dan A yang mengandungi beta-karoten yang merupakan antioksidan. Ia membantu memusnahkan bahan-bahan radikal bebas. Radikal bebas yang bergerak

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Sedih apabila melihat dua keadaan berbeza di Pasar Borong Selayang.

kkm tarik keluar 10 ubat gastrik risiko kanser