Idea kereta terbang itu sampah!' - Rais Hussin
Astro Awani |
November 19, 2019
Rais berkata perhatian sewajarnya harus diberikan kepada isu yang sepatutnya. -Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Projek kereta terbang disifatkan sebagai "idea sampah" oleh salah seorang pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).
Ketua Biro Polisi dan Strategi PPBM Dr Rais Hussin berkata perhatian sewajarnya diberikan kepada isu yang sepatutnya.
"Saya setuju perhatian patut diberikan kepada manifesto. Namun, ingin saya tekankan di sini, saya masih pertahankan manifesto yang ditawarkan.
"Saya percaya Pakatan Harapan juga sama. Kita berusaha sehabis baik untuk mencapai apa yang tertera dalam manifesto."
Rais berkata demikian sebagai respons kepada hujah daripada Ketua Pemuda MCA Nicole Wong tentang kelewatan Pakatan Harapan bukan sahaja dalam menunaikan manifesto yang ditawarkan tetapi juga membuat cadangan baharu yang tidak diperlukan.
Ulasan
Catat Ulasan