Dari Meja Najib Razak- PH terdesak buat fitnah besar

Selama ini bermacam fitnah saya hadapi. Tapi semua itu tidak melemahkan semangat saya, termasuk mereka yang menuduh saya mengarahkan Altantuya dibunuh.

Dulu saya cabar mereka bawa pulang Sirul ke Malaysia untuk pendakwaan. mereka kata sudah mohon kepada Australia. 

Tapi Australia menafikan penipuan Dr Mahathir bahawa kerajaan Malaysia pernah memohon untuk ekstradisi seperti yang disahkan Dr Mahathir.

Rupanya mereka datang ke Australia mahu merasuah kes pembunuhan Altantuya yang telah berlaku 13 tahun dahulu.

Oleh itu, mereka perlu keluarkan lagi konspirasi baru untuk menentang dan memfitnah saya.

Saya juga diberitahu bahawa cerita baru PH ini membuka jalan kepada kerajaan PH untuk menahan dan penjarakan saya tanpa jaminan kerana kes pembunuhan tak membenarkan jaminan.

Barulah saya boleh disenyapkan oleh PH.

Ya ALLAH kuatkan semangat saya untuk menegakkan kebenaran ini

Mereka boleh tipu rakyat. Tapi mereka tidak boleh menipu kebenaran.

Datuk seri Najib Tun Razak

SEBARKAN

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Sedih apabila melihat dua keadaan berbeza di Pasar Borong Selayang.

kkm tarik keluar 10 ubat gastrik risiko kanser