SRC International: Tommy Thomas mati akal ketika menyoal Najib Razak
SRC International: Tommy Thomas mati akal ketika menyoal Najib Razak
Perbicaraan kes SRC international hari ini menjadi perhatian kerana pihak pendakwaan,Tommy Thomas telah menyoal perkara yang langsung tidak berkaitan dengan kes SRC International.
Antaranya Tommy bertanya mengenai karier politik Najib ketika era 80-an dulu samada beliau menyebelahi Tengku Razaleigh ataupun Tun Mahathir ketika krisis dalaman UMNO ketika tahun 80ansehingga menyebabkan UMNO terpaksa diharamkan.
Tommy: Ketika perebutan kuasa antara kumpulan A dan B, antara Tun Mahathir dan Tengku Razaliegh, siapa yang kamu sokong? Adakah kamu menyokong Tun Mahathir pada masa itu?
Najib: Yang Arif, adakah soalan ini relevan dengan kes? Ini persoalan politik, adakah saya perlu jawab?
Tommy: Ya, kamu perlu jawab selagi tidak ada bantahan dari peguam anda.
Najib: Saya sokong Tun Mahathir.
Selepas itu, Tommy Thomas soal berkaitan apakah asas DS Najib Razak melantik dirinya sendiri sebagai Menteri Kewangan.
DS Najib menjawab, beliau bukanlah Perdana Menteri pertama menjawat jawatan PM dan Menteri Kewangan serentak. Ia bermula ketika zaman Tun Mahathir dan kemudian Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Sebagai seorang yang berpendidikan ekonomi dan berpengalaman sebagai Menteri Besar Pahang, Timbalan Menteri termasuk Timbalan Menteri Kewangan dan Menteri penuh, beliau berkemampuan untuk membangunkan ekonomi negara.
Ringgit juga stabil, KDNK meningkat 5.9% pada tahun 2017, kebajikan rakyat terbela, disamping pembangunan infrastruktur yang canggih dan sebagainya.
Tommy: Tapi pengkritik anda mungkin berbeza pandangan.
Najib: Tengok GDP negara. Bertumbuh pesat
Tommy: Ini bukan tempatnya nuntuk bincang isu ini
Tommy Thomas cuba untuk lari ke topik yang lain walaupun pada mulanya dia yang memulakan persoalan tersebut.
Ulasan
Catat Ulasan