Pedas Nyilu dari Panglima ATM(B) Bersuara:ABU CHIN PENG: CELAKA DAN LAKNATLAH SELAMA-LAMANYA
Pedas Nyilu dari Panglima ATM Bersuara:
ABU CHIN PENG: CELAKA DAN LAKNATLAH SELAMA-LAMANYA
Saya tak ada masalah langsung dengan abu chin peng yang nak di bawa masuk secara haram ke tanah kelahiran chin peng yang diakui secara haram juga, yang mana dia telah duduki secara haram juga melalui perang keganasan yang dia ketuai. Tetapi sebagai bekas Ketua Platun Harimau dan Ketua Jurulatih Platun Harimau dan the last breed atau generasi terakhir Platun Harimau atau Unit Combat Intelligence Squad (UCIS), saya wajib melontar rasa hati dan perasaan saya, demi nyawa dan darah anggota-anggota saya. Lebih-lebih lagi apabila 14 anggota kami termasuk dua orang jeneral terkorban dalam peristiwa helikopter NURI di Lundu, Sarawak yang sedang terbang ke Sematan bagi menutup Kursus Khas Platun Harimau yang mana saya adalah Pegawai Latihnya dan kursus khas dan rahsia ini semata-mata bertujuan memerangi pengganas komunis hingga ke lubang cacing. PARAKU adalah kumpulan pengganas komunis yang menjadi sasaran terakhir Platun Harimau selepas kami berjaya memerangkap UP Ke-6 di Semenanjung hingga tertangkapnya Chong Chor di Kuala Lumpur. Nyatanya chin peng telah menyebabkan negara berada dalam huru-hara, pembunuhan tidak berkesudahan, memusnahkan ketenteraman rakyat dan negara tidak membangun selama lebih dua dekad (1969-1989 First Emergency). Sejak awal lagi saya katakan ‘no problem at all’ dengan abu chin peng.
Jika 26 orang daripada 27 orang bangsa yang sama dengan dia yang dilahirkan pada tarikh yang sama dan di kawasan yang sama, boleh ada surat beranak sebagai bukti nyata rakyat Tanah Melayu tetapi kenapa hanya chin peng seorang sahaja atau ‘the only one’ yang tidak ada surat beranak? Kau faham ke tidak ni?
Abu atau ketul tahi dia mungkin dibawa masuk secara haram ataupun secara terbuka dengan konvoi yang berjela atau beratus kilometer sekalipun oleh sesiapa sahaja atau pun dibawa masuk secara senyap-senyap. Buang atau taburlah dalam apa cara sekalipun, di mana sekalipun walaupun di atas tanah watan Tanah Melayu yang mana dia akui secara haram tanah kelahirannya tanpa sebarang bukti dengan sokongan rakyat Malaysia yang tidak bertanggungjawab khususnya orang Melayu yang tidak sedar diri.
Taburlah di belantara yang menjadi saksi tak berbicara yang mana ia telah membunuh dan menzalimi ribuan perajurit tentera dan PDRM, dan juga penduduk yang tinggal jauh di pedalaman.
Buanglah di lembah, di perbukitan gunung nan hijau yang di mana dia telah bersembunyi dan menyerang hendap kepada perajurit tentera dan polis.
Hanyutlah di muara atau lautan yang mana ia guna untuk datang secara haram.
Buang dan tabur dalam apa pun cara dan di mana pun lokasinya, langsung tidak membekas di hati saya. Nak tabur separuh di lautan dan separuh lagi di belantara, ikut suka kau lah. TETAPI yang menarik perhatian dan menjentik rasa kebencian saya sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab dan sayangkan negara saya; ialah kepada mana-mana rakyat Malaysia atau individu atau institusi yang berada di belakang usaha jahat ini. Tindakan anda adalah satu penderhakaan tahap dewa dan cubaan berniat jahat berhati kaudu yang membusung busuknya. Tindakan anda sebenarnya cuba bermain api, cuba menghidupkan semula sebuah kumpulan pengganas, cuba menyuburkan kembali ideologi yang salah dan ganas yang mana moyang poyang kita telah haramkan.
Inilah yang menarik perhatian saya. Kenapa?
Kerana ini adalah masalah maruah pejuang pasukan tentera dan polis.
Kerana ini adalah masalah negara sebenarnya.
Kerana ini adalah masalah keselamatan negara yang tercinta.
Maka kerajaan harus dan wajib menangani isu ini dengan lebih serius dan menghormati semangat perjuangan terdahulu. Jika tidak atau jika ia dibuat secara wewenang, maka ‘may Allah bless you all in the next election’.
Wahai Rakyat Malaysia yang tercinta,
Ketahuilah bahawa chin peng adalah ketua pengganas yang telah lama mampus. Ini termasuklah dengan Chong Chor, dan Cha Ku Teng.
Ketahuilah bahawa Parti Komunis Malaya adalah parti pengganas yang telah lama berkubur, yang telah memusnahkan kehidupan harmoni rakyat, yang cuba memusnahkan agama.
Nak sedih ke, atau nak rasa apa sekalipun dengan abu chin peng ni, ikut suka makcik kau lah tapi usaha membawa balik ke sebuah negara yang telah lama merdeka dan terang-terang menolak keganasan pengganas komunis; adalah satu cabaran. Ini kerana sebagai seorang anggota tentera, perjuangan saya dalam menentang pengganas komunis tidak pernah mati dan ia tidak akan mati-mati sampai bila-bila. Bacalah catatan perjuangan Tiger Platoon, ‘the unsung warrior’ dalam buku Platun Harimau misi 1 dan misi 2.
Jika kerajaan yang bertanggungjawab dan suka kepada keamanan tidak menawarkan proses serah diri atau apa sahaja nama yang ikut suka mak cik kau nak letakkan; nescaya di akhir tahun 1989, geng Platun Harimau yang saya ketuai hanya beberapa langkah sahaja di belakang anda, akan menerkam dan menggempur anda habis-habisan dan jika ada peluang itu, akan saya pastikan tulang temulang dan daging anggota pengganas komunis berterabur cebisan demi cebisan di bukit, di gunung, di lembah waima lautan dan muara sekalipun.
Celaka dan laknatlah kau pengganas komunis dan sesiapa sahaja yang menyokong atau bersimpati dengannya. Saya juga berdoa agar semua puak-puak babi ini, tatkala musim hujan lebat ini, akan di panah petir. Biar hitam legam terbakar. Puihhhhhh. Cilanat.
Nota:
1. Abu ni hanya utk test ground shj. Grand Strategy dia ialah utk jadikan sambutan tahunan.
2. Jgn sesekali sebarkan gambar2 mereka kerana itu yg mereka mahu. Cukuplah dgn tulisan shj
Brig. General (B) Mohd.Radzi Abd Hamid.. Ex. Tiger Platoon ATM
Ulasan
Catat Ulasan