Kenapa tiada AMLA keatas Geng 24 Kongsi gelap derma 50k Tabung Harapan.

Kenapa tiada AMLA keatas Geng 24 Kongsi gelap derma 50k Tabung Harapan. 

Sumber FB Najib Razak

Bulan September lalu, Pihak Polis melancarkan serbuan terhadap Geng 24 susulan sebuah rakaman video tular di mana seorang lelaki dikenali sebagai Sunny Coco mendakwa anggota kumpulan itu.

Pendedahan terbabit tular menerusi video yang turut memaparkan cabaran kepada sesiapa sahaja yang berani menentangnya.

“Polis sudah mengenal pasti lelaki berkenaan dan akan ‘menjemput’ dia tidak lama lagi,” katanya.

“Namun, lelaki berkenaan dipercayai sudah melarikan diri ke China sebelum rakaman videonya tersebar di laman sosial. kata Polis

"Polis akan 'jemput' Sunny Coco"
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2019/09/500526/polis-akan-jemput-sunny-coco

Akhirnya, pihak Polis berjaya menahan lelaki tersebut selepas dua bulan mencari.

"Datuk mengaku ahli Geng 24 ditahan"
https://www.hmetro.com.my/utama/2019/10/506302/datuk-mengaku-ahli-geng-24-ditahan

Dan pagi ini pula, dia telah mengaku bersalah di Mahkamah bahawa dia adalah seorang anggota pertubuhan kumpulan kongsi gelap Geng 24.

Mahkamah pun jatuhkan denda RM5,000 sahaja yang dia bayar serta-merta.

"Kongsi gelap: Ahli perniagaan bergelar ‘Datuk’ didenda RM5,000"
https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2019/12/05/kongsi-gelap-ahli-perniagaan-bergelar-datuk-didenda-rm5000/

Selepas PRU14, lelaki dari Kulai ini yang pernah mengaku diri sebagai penyokong DAP tegar dan juga sepupu seorang Timbalan Menteri DAP pernah menderma RM50,000 kepada Tabung Harapan.
https://thecoverage.my/news/sunny-coco-donated-rm50000-to-tabung-harapan-out-of-love-for-the-country/

Persoalaannya ialah, perlukah Kerajaan PH membeku dan merampas wang dalam Tabung Harapan juga atas sebab dana yang diderma itu disyaki adalah hasil haram dari kegiatan gangsterisme?

Sedangkan yang menderma itu pun sudah mengaku di Mahkamah bahawa dia ahli geng.

Oleh itu, Tabung Harapan kena AMLA juga tak?

Tanya je.

Harap wartawan boleh tanya Guan Eng atau Teo Nie Ching.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MALAYSIA TIDAK IKTIRAF LESEN MEMANDU UNHCR .

Keluhan warga RTC Kelantan tentang peniaga asing