KES MAHKAMAH ZAHID HAMIDI Membongkar jumlah sumbangan kepada institusi agama. Dia bertungkus lumus membiayai pelbagai aktiviti dan menyara anak anak yatim tahfiz. Namun dia di hina dengan pelbagai pendakwaan dan tindakan undang undang yang bertunjangkan nafsu balas dendam sakit hati pemerintah.
KES MAHKAMAH ZAHID HAMIDI Membongkar jumlah sumbangan kepada institusi agama.
HARI ini Rabu, di Mahkamah, terbuka satu persatu kemana wang sumbangan Zahid Hamidi melalui Yayasan Akalbudi.
Sumbangan Zahid sangat banyak, terlalu banyak, bukan shj tahfiz malah di masjid seluruh negara dan di Bagan Datuk sendiri. Tanpa kita sedar bila akaun Yayasan Akalbudi dibekukan ada antara anak-anak tahfiz terpaksa berhenti kerana masalah kewangan, krn tak cukup makan. Zahid adalah penyumbang tunggal bagi pusat2 tahfiz berkenaan.
Meskipun media arus perdana diilihat banyak menyembunyikan fakta dan menyerang Zahid dari sudut negatif pemberitaannya namun hakikat sebenar, tuduhan pendakwa bhw Yayasan Akalbudi tidak ada satu sen pun dibelanjakan utk kegiatan dakwah memakan diri apabila saksi Pendakwa sendiri mengakui besarnya sumbangan Zahid dalam Yayasan Akalbudi.
Yg pasti adalah pendakwaan berkaitan Yayasan Akalbudi ini berniat jahat dan mahu meruntuhkan institusi agama yg Zahid bina.
Mahu menyekat atau meruntuhkan institusi agama dalam Malaysia yg Islam adalah agama Persekutuan.
*Gambar2 yg disertakan ini telah disebut dalam mahkamah.
Ulasan
Catat Ulasan