WOWKantin Sekolah Diubah Macam Hotel, Harga Makanan Pun Bawah RM2



WOW

Kantin Sekolah Diubah Macam Hotel, Harga Makanan Pun Bawah RM2


Sebuah kantin sekolah tular di media sosial apabila gambar kantin tersebut dikongsikan di Facebook kerana hiasan dan pemilihan makanannya seperti di hotel mewah!

Pengusaha kantin Mohd Fahmi Ahmad berkata semenjak mengambil alih kantin itu pada Disember 2019, dia telah mengubah dekorasi tempat tersebut bersama isterinya, Nadirah Azizan.

Lelaki berusia 36 tahun itu mendapat inspirasi dari hotel ketika sedang memikirkan cara untuk menghias kantin tersebut. Dia ingin suasana yang berbeza supaya tenaga pengajar dan murid-murid makan dengan selesa.

Fahmi mengeluarkan duit sendiri berjumlah RM50,000 untuk mengubah kantin tersebut selain ingin murid-murid mendapat nutrisi yang secukupnya dengan menukar menu setiap hari.

Perkara lagi berbaloi adalah harga makanan semuanya di bawah RM2. Bahagian guru menjadi lebih istimewa apabila makanan yang dihidangkan seperti bufet di hotel.

Kini dia memiliki dua kantin di SK Pauh Jaya, Penang dan SMK Aman Jaya, Sungai Petani selain mempunyai pengalaman selama 10 tahun dalam bidang tersebut.

Sumber: World of Buzz

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MALAYSIA TIDAK IKTIRAF LESEN MEMANDU UNHCR .

Keluhan warga RTC Kelantan tentang peniaga asing