Virus bertahan 9 hari pada tombol pintu pengangkutan awam

 'Virus bertahan 9 hari pada tombol pintu pengangkutan awam' - Saintis temui punca COVID-19 merebak dengan cepat


Gempak | Februari 12, 2020 16:00 MYT




PARA saintis telah mendapati wabak koronavirus (COVID-19) mampu bertahan pada permukaan yang kerap disentuh sehingga sembilan hari.

Memetik laporan Mirror, permukaan yang mempunyai potensi jangkitan adalah tombol pintu, besi pemegang dalam kenderaan awam serta beberapa permukaan yang kerap disentuh di kawasan tumpuan ramai seperti hospital dan sebagainya.

"Saintis telah mendapati koronavirus boleh bertahan selama sembilan hari pada tombol pintu dan besi pemegang dalam kenderaan awam.

"Permukaan yang kerap disentuh di kawasan tumpuan ramai seperti di hospital juga mempunyai potensi jangkitan tinggi," tulis sumber.


Menurut kajian terbaru di Jerman, koronavirus mampu bertahan empat kali lebih lama berbanding virus demam biasa pada sesuatu permukaan yang telah disentuh.

Namun begitu, virus boleh dihapuskan jika semua permukaan tersebut dilap dengan menggunakan produk pembasmi jangkitan.

Orang ramai  boleh mengambil langkah pencegahan dengan sentiasa berjaga-jaga dan mengutamakan kebersihan tangan.


Sumber : mirror.co.uk




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MALAYSIA TIDAK IKTIRAF LESEN MEMANDU UNHCR .

Keluhan warga RTC Kelantan tentang peniaga asing