Petua halau semut secara semulajadi
Petua halau semut secara semulajadi
Hukum asal membunuh semut ialah haram.
Diriwayatkan daripada Ibn Abbas radhiallahu anhuma, beliau berkata : "Sesungguhnya Nabi sollallahu 'alaihi wa sallam telah melarang membunuh empat jenis haiwan yang melata, iaitu semut, lebah, burung Hudhud, dan burung Surad".(Abu Daud, No. 5262)
Jika semut mendatangkan gangguan maka kaedah yang paling sesuai ialah menghalau tanpa menyebabkan kematian semut.
Petua halau semut guna bahan yang memang selalu ada dirumah.
1) Kulit Telur
Pecahkan telur ayam, jangan buang kulit nyer sebab boleh guna untuk halau semut. Caranya , hancurkan kulit telur pastu bakar sampai jadi abu. Abu ditabur tempat semut selalu berkerumun, laluan semut, atau nak tabur terus pada sarang semut pun boleh.
2) Dauh Sirih
Semut memang tak suka dengan bau daun sirih. Potong kecik-kecik beberapa daun sirih, tabur di laluan semut atau tempat dorang berkerumun.
3) Cuka
Cuka putih ni salah satu petua yang sangat berkesan sebab semut paling pantang dengan baunya yang kuat, dan kandungan cuka yang berasid tu.
Larutkan cuka dalam air, masukkan kedalam botol semburan.
4) Soda Bikarbonat
Soda bikarbonat tabur dikawasan kawalan semut. Bau soda bikarbonat mengganggu deria bau semut, menyebabkan semut beredar ke kawasan lain.
5) Serbuk Kopi
Bau serbuk kopi mampu menghalau semut.
6) Air Limau Nipis
Perah limau nipis pada laluan semut untuk mengganggu sistem komunikasi semut.
7) Bunga Cengkih
8) Semburan serai wangi.
Serai wangi mampu menghalau serangga seperti semut, lalat, nyamuk dan lipas.
9) Bawang Putih dan chili padi
Ramuan air bawang putih dan cili padi berkesan menghalau serangga termasuk semut.
Ulasan
Catat Ulasan