Itali melaporkan kematian coronavirus kedua dalam tempoh 24 jam
Itali melaporkan kematian coronavirus kedua manakala jangkitan covid-19 seluruh dunia melepasi angka 77,000
Dalam tempoh 24jam yang lalu Itali melaporkan kematian ke-2 seorang lelaki anak 3 mati di sebuah hospital di Veneto selepas kematian pertama seorang wanita mati di Lombardy.
Seorang lelaki yang dinamakan oleh agensi berita Itali, Ansa sebagai bekas pemilik syarikat pembinaan, Adriano Trevisan, pada lewat 70-an, adalah antara hampir 60 kes disyaki atau disahkan di Itali setakat ini.
Tiga orang dikuarantin oleh sebuah hospital di Padua, di rantau Veneto di Itali utara, setelah didapati positif COVID-19 ,
Pesakit kedua - seorang wanita - kemudian meninggal beberapa jam selepas kes pertama di Lombardy, sebuah wilayah juga di utara Itali
Kematian itu telah menyebabkan pihak berkuasa tempatan di Lombardy dan Veneto bertindak menutup sekolah, perniagaan dan restoran.
Para pegawai kesihatan Itali mengesan kes pertama wabak berkenaan keatas seorang lelaki berusia 38 tahun dari Codogno, yang dipercayai telah dijangkiti virus covid-19 dari seorang teman yang pulang dari China pada bulan Januari.
Ulasan
Catat Ulasan