#TahukahAnda: Mana Lebih Elok, Isi Minyak Penuh atau Sikit-Sikit?
#TahukahAnda: Mana Lebih Elok, Isi Minyak Penuh atau Sikit-Sikit?
LAIN orang, lain cara mengisi minyak kereta masing-masing. Ada yang sekadar isi cukup-cukup untuk bergerak lima hari bekerja saja, dan ada pula lebih selesa isi penuh apabila takah meter menunjukkan satu bar. Jadi mana satu paling betul dan elok?
Adakah mengisi minyak penuh mendatangkan masalah kepada enjin? Ataupun isi sedikit-sedikit yang bermasalah?
LEBIH ELOK ISI PENUH
Cara betul, isilah minyak penuh. Kenapa? Ini bagi mengelak risiko karat dalam tangki minyak rizab jika kereta anda jarang dipandu. Pengewapan dalam tangki yang tidak penuh atau kosong boleh menyebabkan berlaku masalah karat.
Jika kereta selalu dipandu setiap hari, itu tiada masalah sekiranya tidak mengisi minyak penuh. Namun, lebih baik jika diisi penuh kerana bergantung ppula kepada poket masing-masing. Selain mengelak risiko karat dalam tangki, anda juga tidak perlu kerap melawat stesen minyak.
PERATURAN ISI PENUH
Isi petrol penuh memang disarankan, tetapi jangan pula sampai melimpah kerana tangki minyak juga perlukan ruang untuk udara supaya petrol boleh mengembang. Kalau ruang dalam tangki penuh dengan petrol, udara boleh menembus keluar menerusi ventilator hingga kabin berbau petrol, dan turut membazirkan petrol.
Ulasan
Catat Ulasan