Covid-19: Lelaki Itali warga Eropah pertama maut.

Covid-19: Lelaki Itali warga Eropah pertama maut


22 Februari 2020 8:59 PM mstar

Seorang lelaki berusia 78 tahun maut selepas beberapa jam.  10 bandar di Itali dikenakan perintah berkurung. Foto Reuters

SEORANG lelaki warga Itali meninggal dunia dijangkiti koronavirus (Covid-19), menjadikannya sebagai warga Eropah pertama maut akibat virus tersebut.

Lelaki yang berusia 78 tahun itu disahkan positif koronavirus beberapa jam selepas 10 bandar di negara itu diarahkan perintah berkurung disebabkan penularan virus itu.

Menurut media La Stampa, pesakit mempunyai tiga anak.

Keadaan itu menyebabkan kawasan tersebut dipantau.

Ketua daerah Veneto, Luca Zaia pada awal pagi Jumaat berkata seramai 3,300 penduduk akan diperiksa tahap kesihatan mereka.

Pekerja melakukan kerja-kerja semburan di dalam bangunan. Foto Maxim Slutsky/TASS

Perdana Menteri Itali, Giuseppe Conte pula memberitahu, keadaan masih terkawal dan menekankan pihak kerajaan sentiasa peka terhadap perkara tersebut.

Dilaporkan sebanyak 10 bandar di Itali menjadi lengang dan didapati banyak kedai tidak beroperasi.

Awal minggu ini, Daily Star mendedahkan beratus-ratus haiwan di China ditemui mati akibat Covid-19.

Sekurang-kurangnya 17 spesies ditemui mati antaranya babi hutan, weasel dan beberapa jenis burung.

Beberapa video tular menunjukkan van-van dipandu di kawasan dilanda virus itu menyembur cecair toksik.

Media di China juga memberitahu bahawa mereka telah mengarahkan seramai 5,300 pegawai hutan untuk memantau keadaan haiwan-haiwan di hutan. - Daily Star



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MALAYSIA TIDAK IKTIRAF LESEN MEMANDU UNHCR .

Keluhan warga RTC Kelantan tentang peniaga asing