Covid-19: Saudi gantung sementara visa umrah
Covid-19: Saudi gantung sementara visa umrah
Kerajaan Arab Saudi melalui Kementerian Luar negara itu mengambil keputusan untuk menggantung sementara pengeluaran visa umrah sebagai langkah pencegahan berikutan penularan COVID-19, lapor agensi berita SPA.
Menurut kenyataan Kementerian Luar yang dikeluarkan di Riyadh pada Rabu, langkah itu bertujuan memberikan perlindungan sepenuhnya terhadap keselamatan penduduk dan setiap individu yang berhasrat mengunjungi Arab Saudi bagi tujuan mengerjakan umrah atau menziarahi Masjid Nabawi atau sekadar melancong.
Atas nasihat pihak berkuasa kesihatan tempatan, Kerajaan Arab Saudi telah mengambil tindakan pencegahan proaktif dalam usaha menghalang penularan wabak COVID-19, menurut laporan itu.Menurut kenyataan Kementerian Luar yang dikeluarkan di Riyadh pada Rabu, langkah itu bertujuan memberikan perlindungan sepenuhnya terhadap keselamatan penduduk dan setiap individu yang berhasrat mengunjungi Arab Saudi bagi tujuan mengerjakan umrah atau menziarahi Masjid Nabawi atau sekadar melancong.
Justeru, Kerajaan Arab Saudi memutuskan untuk mengambil beberapa langkah berjaga-jaga seperti berikut:
- Menggantung sebarang kemasukan bagi tujuan mengerjakan umrah atau melawat Masjid Nabawi buat sementara waktu.
- Menggantung sementara visa pelancong bagi individu yang datang dari negara di mana berlakunya penyebaran wabak COVID-19.
- Menggantung sementara visa dan pasport rakyat Arab Saudi yang ingin melakukan perjalanan keluar negara kecuali mereka yang telah berada di luar negara. Jika ingin pulang, mereka harus melakukan tapisan kesihatan terlebih dahulu di negara di mana mereka berada.
Kenyataan itu menegaskan bahawa prosedur ini hanya bersifat sementara dan tertakluk kepada penilaian semasa pihak berkuasa Arab Saudi. – Bernama
Ulasan
Catat Ulasan