Kemunculan Otter Di Subang Jaya!
Kemunculan Otter Di Subang Jaya!
sumber https://themamamiaow.com/kemunculan-otter-di-subang-jaya/
OTTER ni apa kita panggil memerang eh? Haha..
Adik beradik memerang lah kot kan… Di Malaysia ni hanya empat jenis otter sahaja yang boleh ditemui namun baru-baru ini otter jenis bulu licin ditemui di Taman Tasik Subang Ria di Subang Jaya.
Menurut SJ Echo, Profesor Jurusan Sains Biologikal USM Dr Sharul Anuar menjelaskan yang kemunculan otter ini adalah dimotivasikan oleh persekitaran yang hebat dan sumber makanan yang banyak.
Dr Sharul Anuar juga berkata yang otter ini dilindungi di bawah Akta Perlindungan Hidupan Liar 2010, memburu atau menangkap haiwan ini sebagai haiwan peliharaan tanpa permit boleh didakwa dengan hukuman denda maksima RM100,000 dan atau hukuman penjara maksima tiga tahun.
Menurut Dr Sharul lagi,
“Jangan ganggu mereka. Jangan cuba dan memberi mereka makan lebih-lebih lagi makanan manusia. Hanya lihat dari jauh dan nikmati kehadiran mereka.”
Beliau juga memberitahu yang otter ini boleh hidup berkembang maju di kawasan manusia namun memerlukan sumber air bersih dan sumber makanan yang mencukupi. Penduduk di kawasan tersebut sudah menjumpai 5 ekor otter sedang makan di tasik tersebut pada beberapa bulan yang lalu.
Ini kali pertama mereka melihat haiwan comel ini walaupun sudah tinggal di situ berdekad lamanya.
Walaubagaimanapun ini bukan kali pertama otter muncul di Kuala Lumpur. Haiwan ini pernah dilihat di beberapa tempat di serata negeri selama beberapa tahun sudah. Malah dua ekor otter liar baru-baru ini dilihat dijumpai di Lake Garden juga.
Ulasan
Catat Ulasan