TahukahAnda: 4 Tanda Enjin Kereta Anda Mungkin Kena 'Overhaul'
TahukahAnda: 4 Tanda Enjin Kereta Anda Mungkin Kena 'Overhaul'
APABILA disebut 'overhaul' atau 'turun enjin', pemilik kereta pasti akan rasa macam hendak pitam kerana wang yang akan dikeluarkan nanti bukan sedikit. Boleh mencecah empat angka, malah mengambil masa beberapa hari dan minggu untuk disiapkan.
Ada mekanik mencadangkan overhaul dilakukan sekiranya usia kereta sudah mencapai perbatuan 150,000km. Namun, itu cuma saranan dan bukan kewajipan, terpulang kepada pemilik sama ada mahu overhaul atau tidak. Lagipun, bagi kereta yang disenggaran baik dan tidak menunjukkan sebarang masalah, enjin memang mampu bertahan lama dan memang tiada sebab kenapa overhaul perlu dibuat
Apakah simptom yang menunjukkan kereta anda perlu di-overhaul?
1. EKZOS KELUAR ASAP PUTIH
Apabila melihat keluar asap putih dari ekzos, itu petanda minyak enjin sudah memasuki ruang pembakaran. Ini berlaku kerana gelang piston (piston ring) sudah haus atau piston sudah calar.
BACA >>> #TahukahAnda: 3 Tanda Mudah Kesan Gelang Piston Sudah Haus
2. ENJIN MERAGAM SEBAB PALAM PENCUCUH BERKERAK
Simptom enjin meragam (atau sebu) berlaku apabila anda dapat merasakan prestasi enjin mula merosot, berbunyi pelik, tersengguk ketika memecut dan ligatan enjin turun ketika rev (rpm) tinggi.
Salah satu punca masalah enjin itu disebabkan palam pencucuh yang tidak mampu bekerja optimum hingga menjejaskan prestasi percikan api. Sebabnya, terdapat kerak melekat kerana dicemari minyak enjin yang bocor dan terpercik hingga ke palam pencucuh.
BACA >>> #TahukahAnda: 6 Tip Bezakan Palam Pencucuh Tulen atau Palsu
3. MINYAK HITAM KURANG
Biasa dipanggil enjin 'makan minyak'. Simptom dapat dikesan dengan memeriksa paras minyak enjin kereta anda. Gunakan batang celup untuk melihat paras sebenar minyak enjin.
BACA >>> #TahukahAnda: 4 Cara Pilih Minyak Pelincir Tulen yang Perlu Anda Tahu
4. SUHU ENJIN SERING PANAS
Selain merosakkan sistem penyaman udara, suhu enjin kerap panas lampau (overheat) juga memberikan petunjuk masalah kebocoran enjin hingga menjejaskan nisbah mampatan. Ini berpunca daripada gasket kepala silinder rosak yang menyebabkan air radiator berkurangan dan memasuki ruang pembakaran.
Akhirnya suhu enjin jadi panas hingga menyebabkan berlaku situasi panas lampau.
BACA >>> #TahukahAnda: Kenapa Coolant Enjin Sangat Penting?
Ulasan
Catat Ulasan