Kenapa 'Tayar Kangkang'? Sekadar Trend atau Ada Fakta Mekanikal?
Kenapa 'Tayar Kangkang'? Sekadar Trend atau Ada Fakta Mekanikal? PERNAH dengar istilah tayar 'kangkang' atau 'képak' seperti gambar di atas? Beberapa tahun lalu (masih lagi jadi trend?), trend tayar sebegitu sangat popular di kalangan segelintir pemilik kereta negara ini. Uniknya, trend tersebut bukan saja terhad untuk kereta jenis pacuan roda belakang (RWD) atau prestasi, tetapi turut berjangkit kepada pemilik kereta pelbagai model dan segmen. Daripada sekenit Perodua Viva sehinggalah kenderaan pelbagai guna (MPV) seperti Alza. Masing-masing kereta dikangkangkan tayar secukup rasa dan selera. Persoalannya, apakah semua itu sekadar trend atau ada alasan mekanikal? TAYAR MEMANG SUDAH TERKANGKANG Begini, sebenarnya ramai orang tidak tahu tentang fakta bahawa roda standard pun sudah siap terkangkang, dan bukannya benar-benar tegak dan lurus seperti yang disangka. Ia memang sengaja direka begitu dan bukannya disebabkan anda baru saja melanggar tiang bangunan k