TANGKAPAN PATI OLEH PASUKAN 61 RAD

TANGKAPAN PATI OLEH PASUKAN 61 RAD
Markas Divisyen Ketiga Infantri Malaysia (3 Div) mengeluarkan satu kenyataan rasmi berkenaan tangkapan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) bagi OP BENTENG kawasan tanggungjawab Briged Ketujuh Infantri Malaysia (7 Bgd) pada 2 Jul 20 jam 10.30 malam. 
Melalui pasukan Rejimen Ke-61 Artileri Diraja (61 RAD) yang sedang melaksanakan OP MERPATI 1 Sektor 7 Bgd telah berjaya menahan PATI yang dipercayai ingin pulang ke Indonesia semasa pasukan tersebut melaksanakan rondaan keselamatan di sekitar kawasan Tanjung Ayam, Sungai Rengit, Johor.
Kumpulan anggota yang diketuai oleh Kapt Amirul Zubir bin Mohammad Naim telah bertindak atas maklumat dari anggota petugas Polis Marin PDRM berkenaan pergerakan PATI. 

Hasil serbuan yang dibuat telah berjaya menahan seramai 24 orang PATI warga Indonesia yang terdiri daripada 21 lelaki dewasa, 3 perempuan dewasa. Serbuan juga turut berjaya menahan seorang lelaki warga tempatan yang dipercayai bertindak sebagai tekong yang membawa masuk PATI tersebut.

Dalam serbuan tersebut juga turut dirampas sebuah kenderaan jenis Hyundai Starex yang dipercayai digunakan untuk membawa kesemua PATI tersebut. Kesemua tangkapan akan dibawa ke Balai Polis Bandar Penawar untuk tindakan lanjut dan akan dilaksanakan pemeriksaan COVID-19 oleh Klinik Kesihatan Bandar Penawar esok.

Berlanjutan dari perkembangan semasa penularan pandemik Covid-19 dan jenayah rentas sempadan, pihak Tentera Darat melalui formasi 3 Divisyen dan pasukan di bawah naungan sentiasa berwaspada dan meningkatkan kawalan keselamatan dalam menangani kejadian yang boleh mengganggu gugat keselamatan dan kedaulatan Negara.

Ulasan

  1. Syabas pdrm Dan semua pehak berkuasa diatas kecekapan menangkap Dan menahan pati YG selalu guna jln tikus serta tekongnya sekali .Tekongnya mesti dijatuhkan hukuman paling berat sebab mengkhianati Negara dgn membantu Dan melindungi pati.

    BalasPadam
  2. Hanya 1 komen dari saya iaitu jangan ada lagi talibarut atau pengkhianat negara..syabas ATM,PDRM

    BalasPadam
  3. Syabas Angkatan Tentera Malaysia....jangan main main dengan tentera

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Sedih apabila melihat dua keadaan berbeza di Pasar Borong Selayang.

kkm tarik keluar 10 ubat gastrik risiko kanser