Lelaki Ambil Dadah tetak budak 14 tahun.

SEORANG lelaki berumur 35 tahun bertindak agresif setelah dipercayai mengambil bahan terlarang, dan telah menganas lalu mencederakan seorang budak lelaki 14 tahun sehingga cedera parah dibahagian paha, lengan dan belakang kepala akibat ditetak dengan sebilah parang. Mangsa yang ditetak oleh pelaku telah dikejarkan ke hospital. 


Setelah dikejar oleh orang kampung, pelaku telah lari ke sebuah rumah untuk berlindung lalu memanjat ke bahagian bumbung rumah melalui siling dari dalam rumah dan membawa bersama parang yang dipercayai digunakan untuk menetak mangsa dan sebilah kapak. 

Dengan bantuan penduduk kampung lelaki berkenaan akhirnya berjaya ditangkap sekitar pukul 4 pagi Ahad 28-6-2020 selepas kira-kira 12 jam dikepung.




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Sedih apabila melihat dua keadaan berbeza di Pasar Borong Selayang.

kkm tarik keluar 10 ubat gastrik risiko kanser