Sedih apabila melihat dua keadaan berbeza di Pasar Borong Selayang.

Sedih apabila melihat dua keadaan berbeza di Pasar Borong Selayang. 


Di dalam Pasar Borong dilaksanakan SOP,  tiada peniaga  mahupun pekerja warga asing.

Berbeza apa yang  berlaku di kawasan luar premis rumah kedai berhampiran Pasar Borong, tiada SOP, warga asing bebas berniaga  di gigi jalanraya.

Ada peniaga asing ini menjadikan rumah kediaman sekitar Pasar Borong sebagai stor simpanan sayur.

Pelanggan kebanyakanya peniaga warung dan pembekal hotel memilih terus berurusan dengan kedai warga asing memandangkan untuk masuk dalam pasar borong KL menjadi remeh dan melambatkan urusan kerana banyak prosedur. 



Berbeza kedai  luar Pasar Borong tidak melaksanakan SOP yang ditetapkan.  

Pelanggan hanya perlu memberi senarai barangan, pekerja bangla akan hantar masuk  lori atau van pelanggan.

Tauke tauke bangla modal besar pulak mereka menyewa rumah kedai di luar pasar borong KL.

Pelanggan tidak peduli SOP terus berurus niaga dengan peniaga bangla ini di luar pasar borong KL sebab cepat dan harga lebih murah dari barang serta sayur sayuran yang dijual oleh orang tempatan di dalam lot niaga pasar borong KL.

Buat masa ini mereka seakan-akan kebal dan tidak takut dengan DBKL, Imigresen atau Polis.


Harap KDN ambil juga tindakan Syarikat yang membuat permit kerja kononnya perlukan pekerja tetapi hakikatnya hanya menipu mengambil untung secara mudah.

Ulasan

  1. Betul kena ada van penguatkuasa, masa pasar beroperasi.. 👍

    BalasPadam
  2. Sbb kita tk ada tindakan menyeluruh menbenteras PATI. Tindakan diambil apabila ada rungutan. Mereka tutup kedai sehari dua buka balik. Tiada tindakan susulan dan tidak konsisten dgn kehendak kerajaan dan rakyat. Kerajaan perlu serius menangani PATI dan kena gerakkan agensi sprti KDN utk bertindak tegas dan hapuskann masalah ini once and for all.

    BalasPadam
  3. Letih dh nk komen benda yg mcm xde kesudahan..x tau nk ckp apa dh...ssh sgt ke nk halang pendatang buat sesuka hati kat negara kita ni..x cukup ke penguatkuasa...x blh ke penguatkuasa ditempatkan dipasar tu setiap hari...

    BalasPadam
  4. Apapun betul2 nak benteras pendatang atau nak acah je. Itu je. Ahli Politik, Penguatkuasa dan org ramai perlu bersatu jika nak berjaya setiap apa yg nak dikuatkuasa. Bukan hangat2 taik ayam. RAKYAT MEMERHATI.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MALAYSIA TIDAK IKTIRAF LESEN MEMANDU UNHCR .

Keluhan warga RTC Kelantan tentang peniaga asing