Pengarah NSK didenda RM340,000 gajikan PATI

Pengarah NSK didenda RM340,000 gajikan PATI


ALOR GAJAH: Seorang pengarah syarikat didenda RM340,000 atau penjara 68 bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas kesalahan membenarkan 68 pendatang asing tanpa izin (PATI) masuk ke dalam premisnya, Januari lalu.



Hakim Ahmad Sazali Omar menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh, Pengarah NSK Holdings Sdn Bhd Datuk Chiew Lian Keng mengakui melakukan kesalahan itu di sebuah pasar raya borong NSK Trade City beralamat No 19395, Jalan TTC 26, Taman Teknologi Cheng di sini.

Lian Keng, 56, yang juga bekas senator dituduh membenarkan 68 PATI terdiri daripada 51 lelaki warganegara India, 11 (Pakistan), tiga (Myanmar), dua (Bangladesh), dan seorang lelaki Nepal memasuki premisnya kira-kira 4 petang, pada 22 Januari lalu.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 55E (1) Akta Imigresen 1959/63 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 55E (2) akta sama, yang membawa hukuman denda RM5,000 hingga RM30,000 atau penjara sehingga 12 bulan atau kedua-duanya bagi setiap PATI yang ditemukan di premis berkenaan.

Ahmad Sazali dalam penghakimannya mendenda tertuduh sebanyak RM5,000 atau sebulan penjara bagi setiap PATI dengan jumlah keseluruhan RM340,000 atau 68 bulan penjara.

Beliau berkata sebagai seorang pengarah syarikat tertuduh perlu mengambil tahu mengenai pengambilan pekerja syarikatnya dan memastikan proses itu diurus dengan baik supaya perkara seperti ini tidak berlaku.

Beliau berkata terdapat banyak kesan akibat pengambilan pekerja tanpa dokumen disahkan terutama membabitkan faktor kesihatan dan sebagainya.

Pertuduhan dijalankan Pegawai Pendakwa Jabatan Imigresen Malaysia, Nuratika Aman manakala tertuduh diwakili peguam Zaflee Pakwanteh. – BERNAMA

Ulasan

  1. Sepandai-pandai TUPAI melompat... akhirnye tak masuk Olimpik jua 😁

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Sedih apabila melihat dua keadaan berbeza di Pasar Borong Selayang.

kkm tarik keluar 10 ubat gastrik risiko kanser