POLIS Klang Utara berjaya menahan lelaki memandu Kia Cerato melawan arus

POLIS menahan seorang lelaki yang dipercayai memandu kereta secara melawan arus dari Jalan Meru, Batu 5 berhadapan restoran makanan segera di Klang Sentral, Klang, Isnin lalu.


Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Nurulhuda Mohd Salleh berkata, lelaki berusia 28 tahun itu ditahan pada 5.30 petang semalam di kediamannya di Petaling Jaya, Selangor oleh sepasukan pegawai dan anggota Ibu Pejabat Polis (IPD) Klang Utara.


"Polis turut merampas kereta Kia Cerato digunakan lelaki itu dalam kejadian terbabit.


"Hasil siasatan awal mendapati lelaki itu dalam perjalanan pulang ke Petaling Jaya selepas berjumpa rakan dan tidak arif dengan selok belok di kawasan dan jalan serta menggunakan aplikasi Waze sebagai tunjuk arah jalan.

"Pemandu itu cemas apabila tersalah masuk lorong dan terus memandu melawan arus," katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Beliau berkata, ujian awal saringan air kencing mendapati lelaki terbabit negatif dadah.

Katanya, ujian alkohol tidak dilakukan kerana tarikh kejadian sudah melebihi 40 jam dari tarikh tangkapan dan tidak berkesan untuk menguji kandungan alkohol.

"Lelaki itu kini direman selama satu hari untuk siasatan lanjut kes mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.


Ulasan

  1. Longgar tindakan penguatkuasaan di Malaysia... Bagi maksimum lah kesalahan ini.. Akan Ada beeulang kejadian selepas ini... Sebab longgar penguatkuasaan undang-undang Malaysia..

    BalasPadam
  2. Longgar tindakan penguatkuasaan di Malaysia... Bagi lah maksimum tindakan kesalahan ini.. Akan Ada beeulang kejadian selepas ini... Sebab longgar penguatkuasaan undang-undang Malaysia..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Sedih apabila melihat dua keadaan berbeza di Pasar Borong Selayang.

kkm tarik keluar 10 ubat gastrik risiko kanser