Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2020

Pelajar sekolah rendah disahkan positif COVID-19

KOTA KINABALU 29-7-2020 : Seorang murid tahun dua di sebuah daerah di Inanam, Kota Kinabalu, disahkan positif COVID-19. Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS), Datuk Christina Rundi berkata, kesemua kontak rapat pelajar itu telah pun diarahkan untuk menjalani kuarantin selama 14 hari. Jelasnya, mereka yang diarah kuarantin termasuk rakan sekelas, keluarga pesakit dan kontak terlibat ... Read more Pelajar sekolah rendah disahkan positif COVID-19

8 kes baru Covid19 Malaysia, 30 Julai

Kem sembuh= 5 Jumlah kes sembuh= 8,617 Kes positif= 8 (kes import=3, kes tempatan=5) Jumlah positif= 8,964 Kes kematian=0 Jumlah kes kematian= 124 Kes dirawat di ICU= 3 Bantuan Alat Pernafasan= 1 PERINCIAN KES BAHARU (8 KES) WPKL – 1 1 kes WN saringan hospital SELANGOR – 1 1 kes import WN pulang dari Kazakhstan ... Read more 8 kes baru Covid19 Malaysia, 30 Julai

4 rumah musnah terbakar

4 rumah musnah terbakar EMPAT rumah musnah dalam kebakaran di Lorong 8, Jalan Tongkang Pechah, Batu Pahat, hari ini. Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 4.12 petang. “Kami menghantar jentera bersama 21 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penggaram dan ... Read more 4 rumah musnah terbakar

4 positif Kluster Satok

Kluster ini dikesan di sebuah pasar di Satok, Kuching, di mana saringan COVID-19 telah dijalankan di pasar tersebut. Sehingga 28 Julai 2020 sebanyak 229 orang peniaga telah disaring. Daripada jumlah tersebut, 4 dikesan positif COVID-19 dan 225 negatif.Kesemua kes positif adalah tidak bergejala dan telah dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak untuk rawatan.Aktiviti pencegahan dan kawalan ... Read more 4 positif Kluster Satok

Kluster PUI Sivagangga, India

Kes indeks kluster ini merupakan seorang pemastautin tetap yang telah pulang ke Malaysia dari negara India pada 13 Julai 2020 (iaitu kes ke-8937). Saringan COVID-19 di Pintu Masuk Antarabangsa KLIA didapati negatif. Beliau telah menjalani Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah (HSO) namun didapati tidak mematuhi syarat perintah tersebut dan di dalam tindakan pihak berkuasa.Saringan ... Read more Kluster PUI Sivagangga, India

Naik lagi: 39 kes Covid19 Malaysia 28-7-2020

Kes sembuh= 6Jumlah kes sembuh= 8,607Kes positif= 39(kes import=11, kes tempatan=28)Jumlah positif= 8,943Kes kematian=0Jumlah kes kematian= 124Kes dirawat di ICU= 1Bantuan Alat Pernafasan= 1PERINCIAN KES BAHARU (39 KES)WPKL – 41 kes import WN pulang dari Ireland1 kes import BWN pulang dari Rusia|1 kes import BWN pulang dari Korea Selatan1 kes import BWN pulang dari Amerika ... Read more Naik lagi: 39 kes Covid19 Malaysia 28-7-2020

Akhlak terpuji Mohd Haikal jadi Viral

Video tular seorang pemuda, Mohd Haikal bin Bahrin @haike_1505 yang mengutip sampah di salah sebuah lokasi yang sering dikunjungi ramai bagi aktiviti mendaki bukit atau hiking, mendapat reaksi positif netizen. #rtbnewsmojo #mobilejournalism #mojo #news #bhes #bruneidarussalam #bukitsilat #hiking video : mojo RTBNews

Dua lelaki Bangla ditahan cuba sogok PDRM RM10k

POLIS menahan dua lelaki warga Bangladesh malam tadi selepas cuba menyogok Ketua Balai Polis Danga Bay wang tunai berjumlah RM10,000 supaya melepaskan sembilan pendatang asing tanpa izin yang ditangkap semalam. Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan Asisten Komisioner Mohd Padzli Mohd Zain berkata, kedua-dua lelaki berumur 35 dan 43 tahun itu ditahan pada 11 malam ... Read more Dua lelaki Bangla ditahan cuba sogok PDRM RM10k

7 Jangkitan Baru Covid19 Malaysia 27-7-2020

Kes sembuh= 1Jumlah kes sembuh= 8,601Kes positif= 7(kes import=4, kes tempatan=3)Jumlah positif= 8,904Kes kematian=0Jumlah kes kematian= 124Kes dirawat di ICU= 0Bantuan Alat Pernafasan= 0PERINCIAN KES BAHARU (7)WPKL – (2)1 kes import WN pulang dari Australia1 kes import BWN pulang dari IndonesiaSELANGOR – (1)1 kes import WN pulang dari RusiaSABAH (4)3 kes saringan pra pembedahan1 kes ... Read more 7 Jangkitan Baru Covid19 Malaysia 27-7-2020

Bangla permit kerja Tamat, buat berniaga kontraktor pula

Ini lah realiti limpahan warga asing di Malaysia dan kelemahan penguatkuasaan. Netizen Seremban berkongsi satu kes Bangla ditemui di Rahang Square, sudah jadi tauke kontraktor dengan 2 pekerja juga orang Bangla dan ada projek di Seremban. Memandu tanpa lesen, langgar permit kerja, permit tamat tempoh tanpa sebarang rasa risau. Berlonggok Undang undang diluluskan umpama hiasan ... Read more Bangla permit kerja Tamat, buat berniaga kontraktor pula

SEMPADAN NEGARA BOLOS LAGI. 26 PATI ROHINGYA DITEMUI DI PULAU REBAK LANGKAWI

27-7-2020 SERAMAI 26 pendatang asing tanpa izin (PATI) etnik Rohingya yang dikatakan lemas di kawasan perairan Langkawi malam kelmarin, ditemui pasukan penyelamat terdampar di Pulau Rebak, Langkawi semalam. Difahamkan, semua warga asing terbabit ditemui dalam keadaan keletihan dan lapar selepas mereka dipercayai berenang ke pulau berkenaan. Sumber memaklumkan, berikutan itu operasi mencari dan menyelamat ditamatkan ... Read more SEMPADAN NEGARA BOLOS LAGI. 26 PATI ROHINGYA DITEMUI DI PULAU REBAK LANGKAWI

Seorang Warga Indonesia dan Warga negara ditahan ceroboh hutan simpan

TERENGGANU 27/07/2020JABATAN Perhutanan Negeri Terengganu (JPNT) menahan dua lelaki dan merampas sebuah jentera berat dalam serbuan di Kompartment 40, Hutan Simpan Hulu Besut di kawasan FELCRA Keruak semalam.Dua lelaki terbabit termasuk seorang warga Indonesia berusia 37 dan 38 tahun ditahan ketika sedang dalam perjalanan keluar dari kawasan berkenaan pada 12.30 tengah hari.Pengarah JPNT Muhamad Abdullah ... Read more Seorang Warga Indonesia dan Warga negara ditahan ceroboh hutan simpan

Rentas Negeri akan diumumkan 27-7-2020

Tolong la patuhi arahan & SOP kecian kepada orang yang lain mematuhi arahan tetapi sesetengah orang awam yang masih ingkar, leka dan ambil mudah mengenai SOPKasihan juga kepada rakyat berjauhan dengan keluarga serta ingin pulang ke kampung halaman untuk berjumpa keluarga untuk menyambut Hari Raya Aidiladha bersama jika rentas negeri tidak benarkanBagaimana perasaan mereka..??

Malaysia 10 kes tempatan 3 kes impot baharu COVID19 26-7-2020

26-7-2020: 13 kes baru termasuk 10 kes jangkitan tempatan. Satu kes kematian baharu. Tiada kluster baharu dikesan. PERINCIAN KES BAHARU (13) WPKL – (2) 1 kes import WN pulang dari Pakistan 1 kes import BWN pulang dari Kazakhstan JOHOR – (7) 7 kes Kluster Bukit Tiram – 6 kes WN – 1 kes BWN SARAWAK ... Read more Malaysia 10 kes tempatan 3 kes impot baharu COVID19 26-7-2020

((Video))Peragut Tewas Dilanggar Mangsa Ragut

SEORANG wanita nekad mengejar sebelum merempuh motosikal peragut yang memecahkan cermin keretanya di lampu isyarat susur keluar bulatan Hillview, Hulu Kelang, hari ini. Dalam kejadian 8.50 pagi itu, wanita yang memandu Perodua Axia dihampiri dua lelaki yang menaiki Yamaha 125Z ketika berhenti di lampu isyarat berkenaan. Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Noor Azmi ... Read more ((Video))Peragut Tewas Dilanggar Mangsa Ragut

LAGI CURI PENUTUP LONGKANG MENGUNDANG BAHAYA PENGGUNA JALANRAYA.

24July2020/N. Sembilan Seorang penunggang motosikal dilihat dari Rakaman KLT(CCTV) telah mencuri penutup longkang. Perbuatan ini boleh mengundang padah buat pengguna jalanraya yang lain. Kejadian dikatakan berlaku di Kawasan Perindustrian Nilai. Mohon pihak berkuasa mengambil tindakan supaya tiada kejadian yang tidak diingini berlaku. #inforoadblock

Lagi kes Mabuk arak pandu lawan arus Lebuhraya KESAS

26-7-2020. Footage dirakam malam tadi sebuah kereta memandu lawan aruh di Lebuhraya KESAS@E5 dari Bandar Puteri menghala persimpangan Jalan Kebun. Pemandu disyaki dibawah pengaruh alkohol. Sumber FB inforoadblock

3 rumah Orang Asli dibadai kepala air di Pos Lenjang, jalan terputus ke Pos Titom

LIPIS 25 Julai – Tiga buah rumah Orang Asli berhampiran sungai di Pos Lenjang di sini musnah dibadai kepala air hari ini.Difahamkan kejadian kira-kira pukul 10.30 pagi hingga 11 pagi itu menyaksikan kepala air deras yang berlaku tiba-tiba membawa lumpur sehingga memusnahkan rumah.Selain itu hujan lebat itu turut menyebabkan berlakunya tanah runtuh di satu-satunya laluan ... Read more 3 rumah Orang Asli dibadai kepala air di Pos Lenjang, jalan terputus ke Pos Titom

Covid-19: Kuching kini zon merah, Hospital Sentosa ditutup

BERNAMA 25-7-2020 KUCHING kini dikategorikan sebagai zon merah selepas mencatatkan 41 kes setakat 12 tengah hari ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah. Beliau berkata, Hospital Sentosa di Kuching turut ditutup kepada orang awam manakala semua kakitangan pusat perubatan itu dikuarantin di dalam hospital berkenaan. “Empat kes baharu Kluster Hospital Sentosa. (Seramai) ... Read more Covid-19: Kuching kini zon merah, Hospital Sentosa ditutup

𝗣𝗮𝗱𝗮𝗵 𝘀𝗲𝗹𝗶𝘁 𝗽𝗶𝘀𝘁𝗼𝗹 ‘𝘁𝗲𝗺𝗯𝗮𝗸 𝗰𝗶𝗰𝗮𝗸’ 𝗱𝗶 𝗽𝗶𝗻𝗴𝗴𝗮𝗻𝗴

Padah bawa pistol ‘tembak cicak’, seorang pengawal keselamatan ditahan polis di Changkat Sungai Ara, Bayan Lepas hari ini.Lelaki berusia 35 tahun itu ditahan selepas fotonya menyelitkan objek seperti pistol di pinggangnya ketika menunggang motosikal tular di media sosial.Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, foto berkenaan dikesan oleh pihak polis yang melakukan ... Read more 𝗣𝗮𝗱𝗮𝗵 𝘀𝗲𝗹𝗶𝘁 𝗽𝗶𝘀𝘁𝗼𝗹 ‘𝘁𝗲𝗺𝗯𝗮𝗸 𝗰𝗶𝗰𝗮𝗸’ 𝗱𝗶 𝗽𝗶𝗻𝗴𝗴𝗮𝗻𝗴

25-7-2020 23 kes baru Covid19 tertinggi sejak 16 Jun 2020

Jumlah kes hari ini (23 kes) adalah tertinggi sejak 16 Jun 2020. Terus amalkan saranan yang diberikan oleh KKM terutama SOP iaitu S; Syarat-syarat seperti yang ditetapkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), O; Orang yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak, bayi, warga emas dan orang kurang upaya (OKU) perlu dilindungi, individu tidak sihat dan ... Read more 25-7-2020 23 kes baru Covid19 tertinggi sejak 16 Jun 2020

Rohingya : Jangan sampai ‘pijak’ kepala

KUALA LUMPUR 24 Julai 2020 : Lambakan pelarian Rohingya sama sekali tidak boleh dipandang mudah kerana setiap daripada mereka mampu memberi ancaman kepada rakyat di negara ini. Sekadar membayangkan, jika ada antara pelarian ini pernah terbabit dengan aktiviti tidak sihat di negara asal tetapi dengan mudah diberikan kad Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) tanpa ... Read more Rohingya : Jangan sampai ‘pijak’ kepala

Dikompaun RM50,000 jual gelang ‘cegah Covid-19’

Ejen jualan langsung dikompaun RM50,000 kerana mempromosikan gelang tangan di laman sosial yang didakwa mampu mencegah jangkitan Covid-19. Pengarah Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Datuk Iskandar Halim Sulaiman berkata, pihaknya mengesan satu isu yang tular di laman sosial Facebook berkenaan promosi produk gelang tangan berharga RM580 yang dikatakan mampu mencegah ... Read more Dikompaun RM50,000 jual gelang ‘cegah Covid-19’

Imigresen Berjaya Berkas Rayhan Kabir

Kuala Lumpur 24-7-2020 LELAKI Bangladesh dikenali Md Rayhan Kabir yang diburu Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) ditahan agensi terbabit, hari ini. Perkara itu disahkan oleh Ketua Pengarah JIM Datuk Khairul Dzaimee Daud ketika dihubungi, hari ini. Katanya, lelaki berusia 25 tahun terbabit ditahan pihaknya petang tadi. Harian Metro difahamkan, Md Rayhan dikatakan ditahan ketika bersembunyi di ... Read more Imigresen Berjaya Berkas Rayhan Kabir

Transit taktik baru sindiket seludup migran

JOHOR BAHRU: Transit di kawasan perairan antarabangsa menjadi teknik terbaru sindiket penyeludupan migran ke negeri ini. Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Maydin Pitchay, berkata sindiket dipercayai menggunakan kapal besar untuk membuat pertukaran, namun ia masih dalam siasatan. Katanya, terbaru beberapa sindiket penyeludupan migran ditumpaskan dengan penahanan 93 individu termasuk 11 tekong, 79 migran dan ... Read more Transit taktik baru sindiket seludup migran

📣21📣 Kes Covid19 Malaysia 24-7-2020

Kes sembuh= 3 Jumlah kes sembuh= 8,577 Kes positif= 21 (kes import=5, kes tempatan=16) Jumlah positif= 8,861 Kes kematian=0 Jumlah kes kematian= 123 Kes dirawat di ICU= 5 Bantuan Alat Pernafasan= 2 PERINCIAN KES BAHARU (21) KL – (3) 2 kes Kluster Ramnad – 2 kes WN kontak rapat kes 8817. 1 kes import WN ... Read more 📣21📣 Kes Covid19 Malaysia 24-7-2020

Warga Myanmar dijel 18 bulan curi aksesori pagar Istana Negara

KUALA LUMPUR – Akibat mencuri 62 aksesori pagar Istana Negara, dua lelaki warga Myanmar dijatuhkan hukuman penjara 18 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini. Majistret M Saravanan menjatuhkan hukuman itu ke atas Koma Ahmad Faizal Ahmad, 32, dan Muhfizullok Fozal Ahmad, 31, selepas mereka mengaku bersalah atas pertuduhan yang dihadapi. Mahkamah memerintahkan mereka ... Read more Warga Myanmar dijel 18 bulan curi aksesori pagar Istana Negara

Kes COVID19 dunia naik mendadak

Kes harian dunia meningkat kepada lebih kurang 260 ribu kes berbanding sebelumnya 241 ribu kes. Jumlah terkini statistik COVID-19 dunia adalah lebih kurang 15.4 juta. Peningkatan ketara juga kes harian dilihat pada negara Amerika Syarikat iaitu 72 ribu kes, Brazil 65 ribu kes dan India 44 ribu kes. Kerajaan Malaysia telah menetapkan pemakaian wajib pelitup ... Read more Kes COVID19 dunia naik mendadak

Individu tanggal gelang COVID19 sudah dikenal pasti

PEJABAT Kesihatan Kawasan Tawau (PKKT) mengesahkan seorang individu yang baru pulang dari luar negara didapati menanggalkan gelang tangan di bawah perintah kuarantin Covid-19. Menurutnya, lelaki terbabit turut didapati mengemukakan maklumat tidak tepat selain deklarasi kesihatan mengelirukan ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebelum meneruskan perjalanan ke Tawau, bulan ini. “Ketika disoal siasat, ... Read more Individu tanggal gelang COVID19 sudah dikenal pasti

UNHCR mungkir janji beri kad UNHCR tanpa kelulusan Imigresen dan PDRM seperti dipersetujui.

KUALA LUMPUR: Percaya atau tidak, pelarian Rohingya yang memegang Kad Suruhanjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu Untuk Pelarian (UNHCR) berjumlah 86,155 orang di negara ini hampir menyamai bilangan 108,000 penduduk Putrajaya. Mengejutkan lagi, dalam tem­poh enam bulan tahun ini hanya 317 Rohingya sahaja mendapat penempatan di negara ketiga. Padahal, mereka yang diberikan kad pelarian UNHCR hanya dibenarkan ... Read more UNHCR mungkir janji beri kad UNHCR tanpa kelulusan Imigresen dan PDRM seperti dipersetujui.

9 Kes baru Covid19 Malaysia, 23 Julai 2020

9 kes baharu positif COvid-19 dilaporkan hari ini. (6 tempatan dan 3 import). Daripada 9 kes positif, 5 adalah warganegara dan 4 bukan warganegara. Walaupun kes menurun ke 1 digit, kes tempatan masih lagi banyak.Pastikan setiap individu memainkan peranan dan tanggungjawab apabila berada di luar rumah. Elakkan daripada membawa anak-anak kecil atau golongan emas ke ... Read more 9 Kes baru Covid19 Malaysia, 23 Julai 2020

PENEROKA FELDA BUKIT GOH BUNTU ARAHAN BAYAR CUKAI BAUKSIT RATUSAN RIBU TUNTUTAN LHDN.

KUANTAN: “Macam mana mak cik hendak bayar, duit pun sudah tiada. Empat tahun mak cik tiada pendapatan, hidup pun hasil sumbangan anak-anak”. Demikian luahan peneroka Felda Bukit Goh, Sarifah Jamaluddin, 69, di sini yang buntu memikirkan cara membayar cukai pendapatan hasil perlombongan bauksit kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Ibu tunggal itu yang tidak mahu ... Read more PENEROKA FELDA BUKIT GOH BUNTU ARAHAN BAYAR CUKAI BAUKSIT RATUSAN RIBU TUNTUTAN LHDN.

Operasi Khas JPJ Johor keatas warga asing memandu tanpa lesen.

JOHOR BAHRU, 21 Julai 2020 – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Johor telah menjalankan satu Operasi Khas PeWA berikutan aduan dan maklumat dari orang awam khususnya membabitkan pemandu warga asing yang tidak memiliki lesen memandu (CDL). OPS KHAS yang dijalankan oleh Unit Penguatkuasaan Bermotorsikal, Seksyen Operasi, Bahagian Penguatkuasa JPJ Negeri Johor itu bermula pada jam ... Read more Operasi Khas JPJ Johor keatas warga asing memandu tanpa lesen.

Wanita “Kuarantin” tular makan di restoren SAH positif Covid -19

Seorang pesakit di bawah pengawasan (PUS) wabak koronavirus (Covid-19) yang tular makan di sebuah restoran di Meru Raya di sini telah dikenal pasti dan kini sedang menerima rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh. Menurut sumber, wanita berusia 72 tahun itu diarahkan untuk menjalani kuarantin rumah selama 14 hari selepas tiba di Lapangan Terbang ... Read more Wanita “Kuarantin” tular makan di restoren SAH positif Covid -19

Menyamar wanita mencuri dalam masjid

Lelaki berkenaan yang memakai jubah wanita melakukan jenayah itu pada jam 7.30 malam semasa dua wanita sedang menunaikan solat Maghrib. KULAI – Seorang lelaki menyamar wanita untuk mencuri di ruang solat wanita di Masjid Jamek Kampung Melayu di sini pada Sabtu lalu. Suspek pada mulanya memasuki ruang solat wanita dan berpura-pura menunaikan solat di belakang ... Read more Menyamar wanita mencuri dalam masjid

Warga Filipina kembali rekod kes Covid19 di Pahang

KUANTAN 22 Julai – Selepas lebih sebulan tidak merekodkan kes COVID-19 akhirnya Pahang merekodkan kembali kes berkenaan apabila seorang warga Filipina disahkan positif wabak berkenaan.Difahamkan, krew kapal berusia 26 tahun itu masuk ke negara ini melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Khamis lalu.Krew kapal berkenaan dikatakan tiba di daerah ini pada Jumaat lalu dan ... Read more Warga Filipina kembali rekod kes Covid19 di Pahang

PATI curi kabel maut kena renjatan elektrik

KUALA LUMPUR: Mayat seorang lelaki warga asing tanpa dokumen ditemui di dalam longkang di Kilometer 460 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan dipercayai terkena renjatan elektrik ketika mencuri kabel di lokasi itu, tengah hari tadi.Penemuan mayat itu dilaporkan oleh pihak PLUS Malaysia Berhad (PLUS) kepada polis pada jam 1.39 tengah hari.Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten ... Read more PATI curi kabel maut kena renjatan elektrik

PEMANTAUAN PEMATUHAN S.O.P. & TINDAKAN PENGUATKUASAAN SEKITAR PARLIMEN KEPONG

DBKL pada hari ini, 22 Julai 2020 (RABU) dari 8.00 pagi hingga 5:00 petang telah membuat pemantauan dan tindakan terhadap pematuhan SOP dan Undang-Undang Kecil Penjajaan.Tindakan yang telah dilaksanakan:1. NOTIS KOMPAUN TERHADAP KEDAI MAKAN SITI NUR DIANA MD. ISA, DI NO 85, JALAN METRO PERDANA 10, KEPONG ENTERPRENEURS PARK KERANA MENGAMBIL PEKERJA WARGA ASING TANPA ... Read more PEMANTAUAN PEMATUHAN S.O.P. & TINDAKAN PENGUATKUASAAN SEKITAR PARLIMEN KEPONG

16 kes baru Covid19 Malaysia, 22 Julai 2020

22 Julai 2020Kes sembuh= 4 Jumlah kes sembuh= 8,566 Kes positif= 16 (kes import=8, kes tempatan=8) Jumlah positif= 8,831 Kes kematian=0 Jumlah kes kematian= 123 Kes dirawat di ICU= 5 Bantuan Alat Pernafasan= PERINCIAN KES BAHARU (16)KL– (2) 1 kes BWN saringan utk berlepas ke luar negara 1 kes import WN pulang dari IndiaSELANGOR– (3) ... Read more 16 kes baru Covid19 Malaysia, 22 Julai 2020

COVID19: PEMAKLUMAN BERITA PALSU

PEMAKLUMAN BERITA PALSUDimaklumkan bahawa mesej tular berikut bertajuk “Pengumuman Kerajaan Msia” yg didakwa “diumumkan oleh Menteri Kanan Pertahanan” adalah PALSU.Diingatkan agar berhati-hati serta semak kesahihan sebarang maklumat yang diterima & tidak menyebarkan mesej ini. https://ift.tt/2WJm46k Pertahanan Malaysia

((Video)) Terbabas masuk longkang akibat stereng terkunci

Terbabas masuk longkang akibat stereng terkunci KENDERAAN pelbagai guna (MPV) dipandu seorang wanita terbabas ke dalam longkang selepas stereng kenderaan terbabit dikatakan tiba-tiba terkunci dalam kejadian di Kilometer 26 Jalan Kuala Lumpur-Seremban berhampiran Kajang, malam ini. Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada 7.01 malam ... Read more ((Video)) Terbabas masuk longkang akibat stereng terkunci

KKM:PERKEMBANGAN SEMASA COVID-19 MEMBIMBANGKAN

PERKEMBANGAN SEMASA COVID-19 MEMBIMBANGKAN1. Situasi COVID-19 kebelakangan ini didapati membimbangkan kerana jumlah kes harian yang dilaporkan didapati terus meningkat, terutamanya kes penularan di dalam negara. Sebelum ini, jumlah kes aktif telah menurun kepada 63 kes, iaitu pada 9 Julai 2020. Namun ia mula meningkat dan jumlah kes aktif kembali melebihi 100 kes pada 19 Julai ... Read more KKM:PERKEMBANGAN SEMASA COVID-19 MEMBIMBANGKAN

Covid19: 15 kes baru -21 Julai 2020

Situasi merbahaya. Bilangan jangkitan baru melebih bilangan sembuh.Kes sembuh= 7 Jumlah kes sembuh= 8,562 Kes positif= 15 (kes import=4, kes tempatan=11) Jumlah positif= 8,815 Kes kematian=0 Jumlah kes kematian= 123 Kes dirawat di ICU= 4 Bantuan Alat Pernafasan= 1 PERINCIAN KES BAHARU (15 KES)WPKL – (1) 1 kes import WN pulang dari UKSELANGOR – (2) ... Read more Covid19: 15 kes baru -21 Julai 2020

Jom bantu Abang ni dapatkan kerja

Kisah Petang Semalam Petang semalam saya pergi padang kota lama dengan isteri dan anak. Tengah berehat santai sambil makan² sikit di situ, tiba² disapa oleh seorang lelaki dengan bertanya pada saya “Abang, ada kerja kosong tak ? , Saya datang penang sudah 5 bulan masih tak dapat kerja”. Saya jawab saya pun tak berapa tahu ... Read more Jom bantu Abang ni dapatkan kerja

Satu insiden penipuan oleh pekerja Bangla NSK Kota Damansara

Satu insiden penipuan oleh pekerja Bangla NSK Kota Damansara Pekerja Bangla ini dilaporkan telah menyembunyikan ayam segar dan hanya mempamerkan ayam lama yang sudah mula mereput. Mereja menipu harga ayam yang segar diberi harga berbeza. SUNGGUH JAHAT PUAK PEKERJA ASING INI. Setelah diadu ke kaunter perkhidmatan dan disemak melalui CCTV memang benar perbuatan pekerja bangla ... Read more Satu insiden penipuan oleh pekerja Bangla NSK Kota Damansara

Rakaman Curi Penyukat suhu dan Sanitizer Surau

Kejadian berlaku di Surau Baitul Rahman Aman Perdana, Klang. Suspek menaiki Naza Ria no pemdaftaran JHM 8819. Pihak surau telah membuat laporan polis atas kejadian ini. Rakaman CCTV kes kecurian termometer yang dikhaskan untuk mengambil suhu jemaah telah dicuri dan juga hand sanitizer telah dipindah masuk ke dalam botol lain.

Sikap buruk Klaster Kayangan pemakai tag Covid19 merbahaya kepada orang lain

20-7-2020 Klaster kayangan Pemakai ini sepatutnya dikuarantin 14hari tetapi dia di dapati bertindak mencabut dan membuang tag di balai ketibaan KLIA. Sikap pentingkan diri sebeginilah berpotensi besar menyebar gelombang kedua Covid-19 di negara kita

Gagal buat pusingan-U, OKU warga asing mabuk rempuh lima kereta

19/07/2020 LANGKAWI:  Seorang lelaki Orang Kelainan Upaya (OKU) warganegara India ditahan polis selepas kereta yang dipandunya melanggar lima buah kenderaan di Jalan Pantai Cenang, Langkawi, pada 19-7-2020. Dalam kejadian kira-kira jam 8.20 pagi itu, suspek yang memandu di bawah pengaruh alkohol tiba-tiba merempuh deretan kereta yang diparkir di hadapan sebuah hotel. Menurut Ketua Polis Daerah ... Read more Gagal buat pusingan-U, OKU warga asing mabuk rempuh lima kereta

Sekeluarga Pengedar Dadah Syabu Pil Kuda ditahan

Rahsia keluarga kaya memiliki 14 kenderaan berupa kereta mewah, motosikal berkuasa tinggi dan trak tunda terbongkar apabila polis merampas dadah berupa syabu dan pil kuda serta duit tunai dengan nilai keseluruhan termasuk kenderaan mencecah RM1.5 juta. Ketua Polis Terengganu, Datuk Roslee Chik berkata, tiga suspek iaitu ketua keluarga berusia 52 tahun, isterinya berumur 48 tahun ... Read more Sekeluarga Pengedar Dadah Syabu Pil Kuda ditahan

Semakin Meningkat 21 kes Baru Covid19 Malaysia, 20-7-2020

Kes sembuh= 2 Jumlah kes sembuh= 8,555 Kes positif= 21 (kes import=6, kes tempatan=15) Jumlah positif= 8,800 Kes kematian=0 Jumlah kes kematian= 123 Kes dirawat di ICU= 3 Bantuan Alat Pernafasan= 1 Kes baharu harian dalam tempoh seminggu menunjukkan trend meningkat. Orang ramai dinasihat tidak ambil mudah bagi mengelak tindakan lebih tegas termasuk melaksana kembali ... Read more Semakin Meningkat 21 kes Baru Covid19 Malaysia, 20-7-2020

TINDAKAN KAPTEN BAS BANTU MANGSA BANJIR DIPUJI

KAJANG, 19 JULAI – Pihak pengurusan Prasarana Malaysia Berhad berterima kasih atas tindakan pantas salah seorang kapten bas perantara MRT yang memberikan bantuan kecemasan kepada penduduk ketika musibah banjir kilat semalam. Ia susulan video kapten bas bersama-sama pemuda membantu memindahkan salah seorang penduduk yang terlantar sakit diatas pengusung telah menjadi tular di media sosial. Pada ... Read more TINDAKAN KAPTEN BAS BANTU MANGSA BANJIR DIPUJI

Bayi baru lahir dicampak dari tingkat 2

Ahad, 19 Julai 2020 | 7:08amBayi baru lahir dicampak dari tingkat 2IPOH: Seorang bayi lelaki yang masih bernyawa dan bertali pusat dipercayai baru dilahirkan ditemukan berlumuran darah di bumbung sebuah rumah teres dua tingkat di Taman Seri Dermawan, Bercham di sini, semalam.Ketua Polis Daerah Ipoh ACP A Asmadi Abdul Aziz, berkata pihaknya menerima panggilan mengenai ... Read more Bayi baru lahir dicampak dari tingkat 2

1 kematian 15 kes baru Covid19 Malaysia, 19 Julai 2020

Kes sembuh= 7 Jumlah kes sembuh= 8,553 Kes positif= 15 (kes import=4, kes tempatan=11) Jumlah positif= 8,779 Kes kematian=1 Jumlah kes kematian= 123 Kes dirawat di ICU= 2 Bantuan Alat Pernafasan= 1 PERINCIAN KES BAHARU (15 KES) WPKL – (1) 1 kes BWN India kontak rapat kepada kes ke-8666. Kes tidak bergejala, positif RT-PCR & ... Read more 1 kematian 15 kes baru Covid19 Malaysia, 19 Julai 2020

20 petugas KKM terperangkap 18 Jam berjaya diselamatkan

PASUKAN penyelamat membawa keluar 20 kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Hospital Gombak yang terperangkap di Pos Belatim, dekat Gua Musang, malam tadi. Mereka terperangkap dalam perjalanan keluar antara Pos Bihai dengan Belatin apabila jambatan runtuh dan jalan tertimbus lumpur. Ketua Polis Daerah, Superintendan Mohd Taufik Maidin berkata, operasi menyelamat itu membabitkan 28 anggota dari empat ... Read more 20 petugas KKM terperangkap 18 Jam berjaya diselamatkan

((Video)) Tangkapan seorang Myanmar merompak penjual durian PASAR BORONG KL

Satu kejadian rompak bersenjata oleh bangsa Myanmar. Si Perompak Bangsa Myanmar dilaporkan bertindak menikam seorang penjual durian Di pasar Borong Kuala Lumpur”. Salah seorang berjaya di tangkap oleh orang ramai.

Buaya baham pemuda di Sungai Kalabakan, bulan lalu berjaya ditangkap

18-Jul-2020 KALABAKAN: Seekor buaya berukuran lebih empat meter yang dipercayai menyerang dan membaham seorang pemuda, Sukrien Jesman Yusoff, 24, di Sungai Kalabakan, 3 Julai lalu berjaya ditangkap hari ini. Ia susulan perangkap dan pancing buaya yang dipasang oleh Jabatan Hidupan Liar (JHL) Tawau, di beberapa lokasi di kawasan sungai itu antara 5 hingga 15 Julai ... Read more Buaya baham pemuda di Sungai Kalabakan, bulan lalu berjaya ditangkap

18 Julai 2020- 9 kes baru Covid19 Malaysia

Kes sembuh= 5 Jumlah kes sembuh= 8,546 Kes positif= 9 (kes import=4, kes tempatan=5) Jumlah positif= 8,764 Kes kematian=0 Jumlah kes kematian= 122 Kes dirawat di ICU= 1 Bantuan Alat Pernafasan= 0 SELANGOR – 1 KES 1 kes WN import pulang dari Indonesia. Kes tidak bergejala, positif RTK-Ag dan dimasukkan ke HSB. SARAWAK – 7 ... Read more 18 Julai 2020- 9 kes baru Covid19 Malaysia

Pencuri seperti mengetahui wang RM4,000 dalam bonet kereta.

Peguam rugi wang RM4,000 lesap dalam kereta17 Julai 2020SERDANG – Seorang lelaki berputih mata apabila beg berisi wang tunai RM4,000 yang diletakkan di dalam bonet belakang keretanya dilarikan penjenayah dalam kejadian di Bandar Puteri Puchong, di sini Isnin lalu.Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Ismadi Borhan berkata, dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang itu mangsa ... Read more Pencuri seperti mengetahui wang RM4,000 dalam bonet kereta.

PENGUATKUASAAN TERHADAP PENIAGA WARGA ASING

DBKL meneruskan lagi tindakan terhadap peniaga warga asing tanpa kebenaran pada 15 Julai 2020 (Rabu) di Jalan 3/27, Taman Sri Rampai, Setapak.Dengan kekuatan seramai 12 anggota, sebuah premis kedai runcit yang dikendalikan oleh warga asing telah ditutup serta merta di bawah Seksyen 101(1)(v) Akta Kerajaan Tempatan 1976.Pemantauan dan pemeriksaan mendapati kedai tersebut dijalankan oleh bukan ... Read more PENGUATKUASAAN TERHADAP PENIAGA WARGA ASING

TINDAKAN TERHADAP PENIAGA WARGA ASING

DBKL terus mengambil tindakan terhadap warga asing yang menjalankan perniagaan tanpa kebenaran pada hari ini, 16 Julai 2020 (Khamis). Tindakan dilaksanakan pada jam 10:00 malam di sekitar Wangsa Maju. Dengan kekuatan petugas seramai 16 orang tindakan dilaksanakan di Jalan Jernai 3 (Peniaga Steamboat) dan di Jalan 4A/27A (Sek. 2) Wangsa Maju (Gerai Kebab). 2 Tindakan ... Read more TINDAKAN TERHADAP PENIAGA WARGA ASING

TINDAKAN TERHADAP PENIAGA WARGA ASING

DBKL hari ini, 15 Julai 2020 (Rabu) meneruskan lagi tindakan penguatkuasaan terhadap warga asing yang menjalankan aktiviti perniagaan tanpa kebenaran.Tindakan pada jam 11:00 pagi dilaksanakan di sekitar Jalan Budiman 23, Bandar Tun Razak. Dengan kekuatan 13 anggota, tindakan sita telah dilakukan terhadap sebuah tempat cuci kereta kendalian warga asing (UNHCR).Tindakan dan pemantauan terhadap aktiviti perniagaan ... Read more TINDAKAN TERHADAP PENIAGA WARGA ASING

Covid19 Malaysia, 17 Julai 2020

Kes sembuh= 3Jumlah kes sembuh= 8,541Kes positif= 18(kes import=10, kes tempatan=8)Jumlah positif= 8,755Kes kematian=0Jumlah kes kematian= 122Kes dirawat di ICU= 3Bantuan Alat Pernafasan= 0 𝐏𝐄𝐑𝐈𝐍𝐂𝐈𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐒 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐑𝐔 (𝟏𝟖 𝐊𝐄𝐒) 𝐖𝐏𝐊𝐋 – 𝟏 𝐊𝐄𝐒1 kes Kluster PUI Shirala, BWN. Kes tinggal serumah dengan kes terdahulu iaitu kes ke-8730. Kes tidak bergejala, positif RT-PCR dan dimasukkan ke […]

PATI Menyusup ala ‘komando’

Menyusup ala ‘komando’ BERGERAK persis komando apabila pendatang asing tanpa izin (Pati) nekad terjun ke dalam laut sebelum berenang ke arah pantai negara ini. Kumpulan 14 Pati warga Indonesia terbabit merangkak pantas sebelum bersembunyi di dalam hutan paya bakau berselut bagi mengelak dikesan pihak berkuasa. Sumber berkata, semua Pati terbabit bagaimanapun berjaya ditahan ketika bersembunyi […]

Pendatang Nigeria berniaga Nasi Campur

Kedaulatan Dan Keselamatan Negara Tanggungjawab Bersama. Hairan bagaimana Warga Nigeria boleh menjalankan aktiviti perniagaan tanpa sebarang masalah. Netizen terperanjat melihat beberapa foto gelagat warga asing ini menjual nasi campur di Restoran cina di Pusat Perdagangan Puchong Prima Jln. 5/3 Puchong Prima. Siapakah yang harus dipersalahkan?

Lanun Hutan Makin Brutal Ancam Keselamatan Negara

KUALA LUMPUR: Rata-rata mereka bertubuh kurus, comot dengan ketinggian kurang 160 sentimeter Namun, kumpulan pemburu haram Vietnam terbabit dikatakan memiliki kekuatan luar biasa, yang memerlukan tiga anggota bagi ‘menumbangkan’ setiap daripada mereka. Itu antara faktor geng pembunuh harimau warga Vietnam sukar ditewaskan pihak berkuasa Malaysia dengan mudah ketika mereka berada di dalam hutan belantara. Ia […]

Kantoi menipu jual durian Duri Hitam

Pandan City: Sikap tamak sebuah Warung menjual durian akhirnya terbongkar menipu seorang pelanggan yang dijanjikan durian Duri Hitam tetapi yang dijual adalah jenis D13 sahaja pada harga RM45 sekilo. Sedangkan D13 atau juga di kenali sebagai Udang Merah berharga sekitar rm25-RM30 sekilo Perkongsian oleh Netizen Ibrahim Jalil menarik untuk diambil perhatian bersama.

Selangor larang minum arak di tempat awam

KERAJAAN Selangor mengumumkan bahawa Pihak Berkuasa Tempatan kini diberi kuasa melarang merokok dan meminum arak di taman-taman awam seluruh Negeri. Menurut EXCO berkenaan Ng Sze Han ianya diberi kuasa berikutan lulusnya pindaan terhadap Undang-undang Kecil Taman Selangor 2005. Tindakan ini dialu-alukan dan pihak PBT seluruh Selangor sewajarmya menguatkuasakan peraturan baru ini. Larangan ini mencerminkan betapa ... Read more Selangor larang minum arak di tempat awam

Covid19 malaysia 10 Julai 2020

Imej
Terkini #covid19malaysia, 10 Julai Kes sembuh= 12 Jumlah kes sembuh= 8,511 Kes positif= 13 kes (kes import= 8, kes tempatan= 5) Jumlah positif= 8,696 kes Kes kematian=0 Jumlah kes kematian= 121 kes Kes dirawat di ICU= 2 Bantuan Alat Pernafasan= 2 PERINCIAN KES JANGKITAN TEMPATAN (5 KES) KUALA LUMPUR (3) -1 kes saringan sebelum masuk kerja. -2 kes saringan di Depot Tahanan Imigresen (DTI) Bukit Jalil. SARAWAK (2) -2 kes SARI yang dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak.

Operasi MPKj+JIM: Kedai warga Indonesia, India, Bangladesh diserbu

Imej
Kedai warga Indonesia, India, Bangladesh diserbu MyMetroMutakhir Nurul Hidayah Bahaudin nurul.hidayah@hmetro.com.my SEORANG penjaga premis warga Indonesia berketurunan Aceh gagal melarikan diri dalam Operasi Bersepadu Premis Warga Asing di Kampung Sungai Tangkas, Kajang, dan berjaya ditahan anggota penguat kuasa yang mengepung kawasan berkenaan, semalam. Lelaki berkenaan antara 15 individu yang ditahan dalam operasi itu yang dilakukan 130 pegawai serta anggota penguat kuasa Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) dan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Selangor kira-kira jam 10 pagi, semalam. Pegawai Perhubungan Awam MPKj Kamarul Izlan Sulaiman berkata, sebanyak 13 premis membabitkan kedai runcit, kedai makan dan kedai gunting rambut diperiksa dalam operasi itu. "Ketika serbuan dilakukan, ada seorang penjaga premis cuba melarikan diri kerana mahu mengelak ditahan pihak JIM. Namun, dia berjaya ditahan anggota penguat kuasa yang sudah mengepung

Pengarah NSK didenda RM340,000 gajikan PATI

Imej
Pengarah NSK didenda RM340,000 gajikan PATI ALOR GAJAH: Seorang pengarah syarikat didenda RM340,000 atau penjara 68 bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas kesalahan membenarkan 68 pendatang asing tanpa izin (PATI) masuk ke dalam premisnya, Januari lalu. Hakim Ahmad Sazali Omar menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh, Pengarah NSK Holdings Sdn Bhd Datuk Chiew Lian Keng mengakui melakukan kesalahan itu di sebuah pasar raya borong NSK Trade City beralamat No 19395, Jalan TTC 26, Taman Teknologi Cheng di sini. Lian Keng, 56, yang juga bekas senator dituduh membenarkan 68 PATI terdiri daripada 51 lelaki warganegara India, 11 (Pakistan), tiga (Myanmar), dua (Bangladesh), dan seorang lelaki Nepal memasuki premisnya kira-kira 4 petang, pada 22 Januari lalu. Tertuduh didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 55E (1) Akta Imigresen 1959/63 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 55E (2) akta sama, yang membawa hukuman denda RM5,000 hingga RM30,000 atau penjara s

POLIS Klang Utara berjaya menahan lelaki memandu Kia Cerato melawan arus

Imej
POLIS menahan seorang lelaki yang dipercayai memandu kereta secara melawan arus dari Jalan Meru, Batu 5 berhadapan restoran makanan segera di Klang Sentral, Klang, Isnin lalu. Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Nurulhuda Mohd Salleh berkata, lelaki berusia 28 tahun itu ditahan pada 5.30 petang semalam di kediamannya di Petaling Jaya, Selangor oleh sepasukan pegawai dan anggota Ibu Pejabat Polis (IPD) Klang Utara. "Polis turut merampas kereta Kia Cerato digunakan lelaki itu dalam kejadian terbabit. "Hasil siasatan awal mendapati lelaki itu dalam perjalanan pulang ke Petaling Jaya selepas berjumpa rakan dan tidak arif dengan selok belok di kawasan dan jalan serta menggunakan aplikasi Waze sebagai tunjuk arah jalan. "Pemandu itu cemas apabila tersalah masuk lorong dan terus memandu melawan arus," katanya dalam satu kenyataan media, hari ini. Beliau berkata, ujian awal saringan air kencing mendapati lelaki terbabit negatif dadah. Katanya, uji

Penolong Pengarah Jabatan lmigresen Johor Ditahan, Dipercayai Terbabit SeIudup Pendatang Asing Tanpa Izin

Imej
Penolong Pengarah Jabatan lmigresen Johor Ditahan, Dipercayai Terbabit SeIudup Pendatang Aslng Tanpa Izin Gambar adalah sekadar hiasan Johor 3-7-2020 Seorang wanita berusia 50 tahun yang bertugas sebagai Penolong Pengarah Jabatan Imigresen Johor ditahan polis kelmarin, dipercayai terbabit dalam sindiket penyeludupan pendatang asing tanpa izln (PATl), sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan Mac lalu. Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, berkata pegawai itu ditahan di pejabatnya tengah hari kelmarin oleh Cawangan Khas Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor. “Pegawai kanan Jabatan Imigresen itu ditahan hasil siasatan ke atas tiga pegawai imigresen yang ditahan pada 24 Jun lalu berikutan bersekongkol dengan sindiket PATl. “Ini adalah tangkapan pegawai kanan paling tinggi setakat ini yang terbabit dalam rangkaian sindiket PATl di Johor, sejak operasi besar-besaran mengekang aktiviti haram itu dilancarkan. “Modus operandi yang digunakan pegawai kanan

𝟎𝟖 𝐉𝐮𝐥𝐚𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟎 𝐂𝐎𝐕𝐈𝐃𝟏𝟗 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚

Imej
𝐓𝐞𝐫𝐤𝐢𝐧𝐢 #𝐂𝐎𝐕𝐈𝐃𝟏𝟗𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚, 𝟎𝟖  𝐉𝐮𝐥𝐚𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟎 Sebanyak 5 kes telah sembuh & discaj hari ini, menjadikan jumlah kes discaj adalah sebanyak 8,486 kes. Tahniah kepada barisan hadapan KKM dan pihak yang bekerjasama mengekang penularan #COVID19Malaysia ! Kes positif hari ini adalah 3 kes menjadikan jumlah terkumpul kes COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 8,677 kes TIADA kes kematian berkaitan #COVID19 dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kematian KEKAL sebanyak 121 kes dengan kadar kematian sebanyak 1.39% Sebanyak 2 kes dirawat di ICU dan 1 kes masih memerlukan bantuan alat pernafasan. Secara rasmi diisytiharkan kluster terbesar di negara kita, Kluster Perhimpunan di Masjid Seri Petaling tamat hari ini.  Tahniah dan terima kasih  rakyat 🇲🇾.

Pembuli Jalanan Tolak penunggang motor lain, lelaki berMotosikal W602G

Imej
Membuli penunggang motor lain, lelaki bawa 'nurse' tunjuk lagak di simpang jalan Waktu pagi sememangnya situasi yang agak kalut apabila masing-masing berpusu dijalan bagi memulakan tugas harian. Kenderaan juga pastinya bersimpang siur di jalan raya dan kesesakan lalu lintas sudah tentu berlaku. Jadi, sikap sabar haruslah lebih diutamakan agar tidak berlaku sebarang kejadian tidak diingini ketika menuju ke tempat mencari rezeki. Namun begitu, ada juga yang tidak berjaya mengawal amarah disebabkan salah faham ketika mengendali kenderaan. Menerusi perkongsian seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Hisyam Nozi, dia telah memuat naik satu video mengenai sikap menunggang motosikal yang memukul penunggang motosikal yang lain disebabkan salah faham dijalan. Menerusi maklumat dari Hisyam, penunggang motosikal tersebut yang membawa seorang jururawat telah menyerang penunggang motosikal lain sehingga pemboncengnya yang merupakan seorang kanak-kanak dan wanita dewasa turut

Pokok Tropika Tertinggi Di Dunia Ditemui Di Sabah

Imej
Pokok Tropika Tertinggi Di Dunia Ditemui Di Sabah  Bukan satu, dua atau tiga, tetapi 50 batang pokok tropika di Sabah, Malaysia disahkan secara rasmi oleh sebuah pusat kajian antarabangsa di sini sebagai paling tinggi di dunia. Dalam beberapa ekspedisi bermula 2005, Brett Mifsud, Tom Greenwood, Roman Dial dan pemandu arah tempatan Roslizan dan Suati telah mencatatkan beberapa rekod pokok Tropika terbesar di dunia. Mifsud ialah orang pertama yang menemui dan menghalakan laser pada "Poko gergasi", Shorea fagueteana dari family dipterokap berketinggian 88.32m (290 kaki). Berhampiran dengan pokok ini, mereka turut menjumpai sebatang pokok Shorea fagueteana berketinggian hampir 88.16 m. Awal tahun ini sekumpulan penyelidik antarabangsa diketuai David Coomes dari Universiti Cambridge, Britain melaporkan menjumpai sebatang pokok setinggi 89.5 meter di hutan simpan Lembangan Maliau dekat Tawau.  Ia merupakan hutan yang dilindungi pihak Jabatan Perh

Facebook sekat video puji kecekapan Malaysia tangani Covid-19

Imej
Facebook sekat video puji kecekapan Malaysia tangani Covid-19 PADA 18 Mei lalu, Dustin Pfundheller menerbitkan satu rakaman video di halaman Facebook beliau di ruangan 'Other Side of the Truth', yang memuji tindakan pantas dan efektif Malaysia dalam memerangi pandemik Covid-19, bagaimanapun, Facebook merasakan sebaliknya. Video bertajuk 'How Malaysia Did the Impossible' itu menyenaraikan bagaimana kerajaan dan rakyat Malaysia bekerjasama memerangi Covid-19 dan menjaga kebajikan orang ramai. Ia menarik tontonan lebih 3.2 juta, namun FB kini menyekat capaian video itu dan iklan di halaman berkenaan tanpa menyatakan sebabnya. Pfundheller yang jelas kecewa dengan tindakan itu menampilkan video berdurasi empat minit pada 6 Julai lalu mempersoalkan tindakan Facebook itu dan menjelaskan mengapa tindakan itu tidak seharusnya berlaku. "Bukan sahaja saya menggunakan fakta tepat dan mendapatkan banyak sumber dalam bidang di mana saya peroleh maklumat, saya juga me

7julai 2020 Status Covid19 Malaysia

Imej
Terkini #covid19malaysia, 7 Julai Kes sembuh= 5 Jumlah kes sembuh= 8,481 Kes positif= 6 kes (kes import= 4, kes tempatan= 2) Jumlah positif= 8,674 kes Kes kematian=0 Jumlah kes kematian= 121 kes Kes dirawat di ICU= 2 Bantuan Alat Pernafasan= 2

Isu Al Jazeera: Rayhan Kabir dikehendaki Imigresen

Imej
Isu Al Jazeera: Rayhan Kabir dikehendaki Imigresen Md Rayhan Kabir dikehendaki Imigresen untuk siasatan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dipercayai terlibat dalam dokumentari 'Locked Up in Malaysia's Lockdown' disiarkan Al-Jazeera. PUTRAJAYA - Seorang lelaki warga Bangladesh dikehendaki Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen) untuk membantu siasatan di bawah Akta Imigresen 1959/63. Imigresen dalam satu kenyataan berkata, individu itu adalah Md Rayhan Kabir berusia 25 tahun dan alamat terakhir di Sirhan Legacy Sdn Bhd B-7-9 Menara Uncang Emas, No 85 Jalan Loke Yew, Kuala Lumpur. "Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan lelaki terbabit dipohon supaya dapat menghubungi terus Penolong Pengarah Imigresen (PPI), Nurulmasha Nazlinan Hussin, Bahagian Operasi, Siasatan dan Pendakwaan, Ibu Pejabat Jabatan Imigresen Malaysia, Putrajaya di talian 03-88801298/ 1294 pada waktu pejabat dan Bilik Gerakan 03-88801555 selepas waktu pejabat," katanya. Ray

Keluhan warga RTC Kelantan tentang peniaga asing

Kedai perniagaan milik orang asing di RTC Kota Bharu. Kesemua 4 lot kedai ini adalah tempat niaga  dimiliki oleh warga asing di RTC Kota Bharu. Bagaimana 4 lot kedai boleh dimiliki oleh seorang peniaga asing, sedangkan setiap peniaga tempatan hanya boleh berniaga di satu lot kedai sahaja. 2. Kesemua barangan yg diniagakan adalah dari jenis barangan yg juga DIJUAL oleh peniaga tempatan. Jadi Mereka adalah saingan peniaga tempatan. Yang nyata segala keuntungan akan dihantar balik kenegara Asal Mereka. Negara akan kerugian dgn aliran Wang keluar Negara. 3. Kesemua pekerja mereka yg berkerja di perniagaan ini adalah warga Negara asing dari Negara mereka bukan warga Negara. Seramai Mana pekerja asing Itu berkerja disitu sejumlah Itu jugalah rakyat Negeri Kelantan kehilangan Kerja. 4. Barangan yg dipemerkan bukan sahaja terbatas dan tertumpu didalam kedai sahaja bahkan dengan sengaja diletak diluar dikawasan parking.

info 6-7-2020 Covid19 malaysia 5 kes baru

Imej
Terkini #covid19malaysia, 6 Julai Kes sembuh= 11 Jumlah kes sembuh= 8,476 Kes positif= 5 kes (kes import= 3, kes tempatan= 2) Jumlah positif= 8,668 kes Kes kematian=0 Jumlah kes kematian= 121 kes Kes dirawat di ICU= 2 Bantuan Alat Pernafasan= 2

Ketegasan terhadap PATI adalah kehendak dan mandat rakyat- HAMZAH ZAINUDIN KDN

Imej
Ketegasan terhadap PATI adalah kehendak dan mandat rakyat- HAMZAH ZAINUDIN  PELABUHAN KLANG: Kementerian Dalam Negeri (KDN) menegaskan, ketegasan pihak berkuasa terhadap pendatang tanpa izin (PATI) di negara ini adalah kehendak rakyat yang mahu undang-undang ditegakkan. Hamzah mengadakan lawatan ke Kapal Maritim (KM) Kota Kinabalu dan KM Tok Bali selepas majlis penyerahan dua kapal peronda oleh Destination Marine kepada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) di limbongan syarikat itu pagi tadi. Menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainudin, berkata kerajaan kini memihak kepada kehendak rakyat sendiri yang mahu semua pihak yang berada dalam negara ini mematuhi undang-undang ditetapkan. "Dalam membangunkan negara, kita memang memerlukan tenaga kerja asing, terutamanya yang hendak melakukan kerja berat, bagaimanapun mereka perlu mengikut undang-undang negara. "Mereka harus mempunyai permit serta dokumen yang sah. Sekiranya mereka mendakwa kerajaan begitu tegas atau g

((Video))Terbaru Kebakaran Rumah Kg Changkat Gombak

Imej
Kredit BBDP WANGSA MAJU Tarikh : 06/07/2020 Masa : 10:00 pagi Tempat : Jln geliga 2 kg Changkat gombak  Bantuan dari BBDP Selayang. Anggota : Pasukan B Kebakaran : Rumah  Punca : Masih dalam siasatan Ni

3 POLIS TRAFIK DITAHAN PERAS UGUT PEMANDU LORI

Imej
3 POLIS TRAFIK DITAHAN PERAS UGUT PEMANDU LORI 5 Julai 2020 JOHOR BAHRU - Tiga anggota Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) dI Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam ditahan kerana disyaki terlibat dalam aktiviti pemerasan ke atas seorang pemandu lori semasa melakukan sekatan jalan raya semalam. Ketua Polis Johor, Datuk Ayub Khan Mydin Pitchay berkata, ketiga-tiga anggota polis trafik itu berusia antara 32 hingga 39 tahun dan siasatan mendapati mereka meminta rasuah. "Anggota polis terbabit ditangkap selepas pemandu lori berkenaan membuat aduan.  Mereka meminta RM4,000 daripada pemandu lori berkenaan kerana membawa lebih muatan. Bayangkan kalau tiga lori mereka sudah meminta sehingga RM12,000. "Mereka melakukan kegiatan ini semasa hanya bertiga, melakukan sekatan jalan raya menerusi Ops Perdagangan. Mereka mengambil kesempatan semasa melakukan operasi ini," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Kontinjen Polis (IPK) Johor di sini hari ini.

Al Jazeera memburukkan Malaysia di mata dunia dengan menyebar berita fitnah PATI.

Imej
#trending Al Jazeera memburukkan Malaysia di mata dunia dengan menyebar berita fitnah.  Walhal negara Malaysia adalah diantara 5 negara yang diiktiraf berjaya mengekang penularan virus tanpa penawar COVID-19. Ini membuktikan media Aljazeera samada bertindak diatas kapasiti sendiri atau sebagai barua upahan pihak tertentu dalam dan luar negara, sentiasa sakit hati di atas kejayaan rakyat Malaysia mengekang covid19. Isu warga asingnya dikatakan kerajaan Malaysia bertindak kejam dan tak perikemanusiaan terhadap hak mereka?. Tak cukup kejam lagikah sebelum ada wabak virus ni mereka masuk Malaysia sebahagian dari perlarian perang ni buat rumah kedua mereka disini? Yang meniaga tak diganggu, yang bukak kedai takde lesen, Yang dah jadi Ayahnda pertubuhan pun ada. Tak cukup mesra alam lagikah rakyat Malaysia hingga dituduh perkauman? Semalam Al-Jazeera menerbitkan sebuah dokumentari berdurasi 30 minit memaparkan langkah kerajaan Malaysia menangani Covid-19 yang menurut agensi berita antarabang

Terkini 5 julai 2020#covid19malaysia

Imej
Terkini #covid19malaysia 5 Julai Kes sembuh= 4 Jumlah kes sembuh= 8,465 Kes positif= 5 kes (kes import= 3, kes tempatan= 2) Jumlah positif= 8,663 kes Kes kematian=0 Jumlah kes kematian= 121 kes Kes dirawat di ICU= 2 Bantuan Alat Pernafasan= 2

[Terkini] COVID-19 Malaysia | 4 Julai 2020

Imej
[Terkini] COVID-19 Malaysia | 4 Julai 2020 Kes sembuh= 15 Jumlah kes sembuh= 8,461 Kes positif= 10 kes (kes import= 7, kes tempatan= 3) Jumlah positif= 8,658 kes Kes kematian=0 Jumlah kes kematian= 121 kes Kes dirawat di ICU= 2 Bantuan Alat Pernafasan= 2 Sumber: MKN #JaPenSabah #COVID19

Suasana cemas Kontena Jatuh Atas Kepala Lori

03/07/2020 Selangor Klang - 1550pm Depoh CCD. Haster terbalik, kontena jatuh atas Kepala lori. Alhamdulillah pemandu selamat.

DashCam : Aksi Berbahaya 2 Buah Lori Ais Atlas

Aksi Van Atlas cukup merbahaya 2 buah Van Atlas Edible Ice dikesan memandu secara membahaya  No plate : BJM5367 , WSP4484 Lokasi : laluan menghala Port Dickson  Video : Sze Ming Hui

TANGKAPAN PATI OLEH PASUKAN 61 RAD

Imej
TANGKAPAN PATI OLEH PASUKAN 61 RAD Markas Divisyen Ketiga Infantri Malaysia (3 Div) mengeluarkan satu kenyataan rasmi berkenaan tangkapan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) bagi OP BENTENG kawasan tanggungjawab Briged Ketujuh Infantri Malaysia (7 Bgd) pada 2 Jul 20 jam 10.30 malam.  Melalui pasukan Rejimen Ke-61 Artileri Diraja (61 RAD) yang sedang melaksanakan OP MERPATI 1 Sektor 7 Bgd telah berjaya menahan PATI yang dipercayai ingin pulang ke Indonesia semasa pasukan tersebut melaksanakan rondaan keselamatan di sekitar kawasan Tanjung Ayam, Sungai Rengit, Johor. Kumpulan anggota yang diketuai oleh Kapt Amirul Zubir bin Mohammad Naim telah bertindak atas maklumat dari anggota petugas Polis Marin PDRM berkenaan pergerakan PATI.  Hasil serbuan yang dibuat telah berjaya menahan seramai 24 orang PATI warga Indonesia yang terdiri daripada 21 lelaki dewasa, 3 perempuan dewasa. Serbuan juga turut berjaya menahan seorang lelaki warga tempatan yan

5 kedai runcit warga asing tiada lesen MPKL disita

Imej
3 Julai 2020 - 5 kedai runcit tiada lesen MPKL yang dimiliki warga asing disita oleh Pegawai Penguatkuasa MPKL hari ini.  Di kawasan Bandar Rimbayu, Batu 9, Kebun Baharu dan di Kampung Kundang.  Sebarang maklumat berkaitan boleh disalurkan di talian 03-3180 4240 Jabatan Penguatkuasa MPKL.  Foto : Ihsan JPK MPKL