Kisah Tak sedap dengar di Tg Piai
KETUA KAMPUNG UGUT ORANG
KAMPUNG ATAS KEKALAHAN
PRK TANGJUNG PIAI
Selepas PRK Tanjung Piai, timbul pula macam-macam cerita yang tidak sedap untuk didengar. Dan cerita ini tidak direka-reka tetapi ia disampaikan oleh penduduk kampung di Tanjung Piai sendiri.
Seorang penduduk di Tanjung Piai menceritakan selepas Pakatan Harapan mengalami kekalahan teruk dalam PRK lepas. Rata-rata Ketua Kampung di Tanjung Piai mengugut penduduk kampung untuk tidak menandatangani apa-apa dokumen mahupun surat sokongan untuk keperluan anak-anak bersekolah nanti.
Kita sendiri tahu apabila musim awal tahun nanti lebih-lebih lagi yang baru nak daftar darjah 1 tentunya akan banyak berurusan dengan surat-menyurat. Dalam masa yang sama, pastinya surat-surat berkenaan memerlukan tandatangan Ketua Kampung.
Jadi apabila berlakunya perkara seperti ini secara tidak langsung ia membimbangkan dan menggusarkan rata-rata penduduk kampung. Bagaimana mereka mahu berurusan dengan Ketua Kampung jika mereka tidak mahu memberi kerjasama kepada penduduk kampung.
Apabila Ketua Kampung berfikiran kebudak-budakan seperti ini, ia langsung tidak mencerminkan pemimpin yang bertanggungjawab. Sepatutnya, sebagai Ketua Kampung mereka menjadi pengantara dan pemudah cara segala yang berkaitan dengan kepentingan penduduk bukannya menyusahkan lagi penduduk kampung.
Jadi kita menyeru perkara ini disiasat dengan terperinci agar ia tidak menjejaskan urusan penduduk-penduduk kampung di kemudian hari. Malah, jika benar apa yang diceritakan penduduk kampung ini, ia tidak boleh dibiarkan begitu sahaja. Tindakan yang tegas perlu diambil agar mereka tidak sesuka hati lagi untuk mengugut penduduk kampung.
Cc: tria Batrisya/uji
Ulasan
Catat Ulasan