Biadap Komrad PKM seludup abu mayat Chin Peng melanggari perjanjian Hadyaai 1989
TOLONG JANGAN MENIPU!
Memang cukup melukakan apabila abu mayat Pengganas paling dibenci di Malaysia, Chin Peng berjaya juga diseludup masuk ke Malaysia dan sekaligus menyempurnakan hasratnya utk abunya di tabur di Setiawan.
Tindakan biadab sekumpulan pengagung Ong Boon Hua atau Chin Peng ini jelas mengguris hati ribuan veteran angkatan tentera dan puluhan ribu waris2 anggota tentera yg telah terkorban semasa menentang pengganas komunis sehinggalah Perjanjian Damai Haadyai di tandatangani pada 1989.
Lebih mendukacitakan, bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Rahim Noor dalam kenyataannya mendakwa, kenapa perlu melatah membawa masuk abu mayat Chin Peng sedangkan semasa hidupnya pun dia dibenarkan kembali ke Malaysia? Persoalannya, benarkah dakwaan beliau ini?
Baiklah, mari kita kembali ke bulan Disember 1989 di Haadyai.mari kita selusuri beberapa perkara penting yg terkandung di dalam perjanjian damai berkenaan.
1. Pihak PKM berjanji untuk menamatkan perjuangan bersenjata mereka dan sekaligus membubarkan PKM.
2. Senjata api hendaklah diserahkan kepada pihak berkuasa Malaysia atau Thailand atau dimusnahkan di hadapan pihak keselamatan.
3. Chin Peng selaku wakil ahi PKM berikrar taat setia kepada Yang diPertuan Agung Malaysia. Manakala ahli PKM akan mematuhi undang-undang negara Malaysia.
4. Menerusi Artikel 3 perjanjian menetapkan bahawa Kerajaan Malaysia akan membenarkan bekas anggota Parti Komunis Malaya yang dilucutkan senjata untuk menetap di Malaysia sekiranya mereka mahu.
5. Artikel 3.1 menetapkan bekas anggota Parti Komunis Malaya yang memang berasal dari Malaysia akan dibenarkan menetap di Malaysia mengikut undang-undang Malaysia.
6. Artikel 4 perjanjian menetapkan bahawa kerajaan Malaysia akan membantu bekas bekas anggota Parti Komunis Malaya untuk memulakan hidup baru di Malaysia.
Proses kepulangan bekas-bekas anggota Komunis ke Malaysia adalah berdasarkan tawaran one-off di bawah perjanjian untuk menghentikan peperangan di antara Kerajaan Malaysia dengan Parti Komunis Malaysia (PKM) yang ditandatangani pada 2 Disember 1989.
7. Di bawah perjanjian tersebut, mana-mana ahli PKM yang ingin kembali ke Malaysia perlu mematuhi beberapa syarat seperti :
7.1 Memaklumkan hasrat untuk kembali ke Malaysia kepada pihak berkuasa di dalam tempoh tidak lebih setahun dari tarikh perjanjian ditandatangani;
7.2 Mengemukakan butir-butir berkaitan dengan pemohon;
7.3 Menjalani proses temu duga serta dokumentasi
8. Kerajaan tidak memaksa mana-mana anggota komunis untuk pulang ke negara ini. Mereka diberi kebebasan memilih sama ada untuk pulang atau terus tinggal di Selatan Thailand.
Faham bukan beberapa kandungan penting yg terdapat dalam perjanjian damai berkenaan. Sekarang lihat perenggan 7 dalam klausa 7.1. Ianya telah terang2 tertulis, andai ingin kembali semula ke Malaysia, ianya bersifat one-off dan tidak lebih dr setahun dari tarikh perjanjian berkenaan ditadatangani.
Justeru, adalah tidak dapat difahami, bagaimana seorg yg pernah menerajui badan keselamatan dalam negara yg dianggap sebagai Temenggung satu ketika dahulu, boleh terkhilaf dalam membaca semula isi kandungan perjanjian ini?
Sedikit sejarah, kira2 lebih 300 org bekas pengganas memilih untuk kembali ke Malaysia selepas perjanjian ini ditandatangani. Selebihnya termasuk Chin Peng, Rashid Maidin dan beberapa pemimpin tertinggi PKM memilih menetap di Selatan Thailand dengan pemantauan rapi pasukan keselamatan Thailand dan Malaysia selagi mana mereka hidup.
Dalam hal ini jelas sekali Chin Peng sehingga akhir hayatnya enggan kembali ke Malaysia dan tunduk pada undang2 negara. Jika di klasifikasikan tindakannya ini samalah ertinya dengan penderhakaan tahap tertinggi negara.
Dia enggan tunduk pd undang2 negara, dia enggan tunduk pada YDPA dan paling teruk sekali, dia seolah2 tidak mengiktiraf kemerdekaan dan kedaulatan negara. Adakah layak abu mayatnya dibawa semula ke Malaysia? Bukankah ini satu penghinaan terbuka pada YDPA dan Kedaulatan Negara serta ratusan ribu veteran ATM yg bergadai nyawa menentangnya?
Adios
Abam JMK
Ulasan
Catat Ulasan