keyakinan terhadap kerajaan ph merosot kepada 39%
KUALA LUMPUR: Sebuah badan kajian Merdeka Centre pro PH mendakwa tahap sokongan rakyat terhadap kerajaan PH merosot teruk.
Kaji selidik Merdeka Centre mendapati, tahap sokongan rakyat terhadap pentadbiran kerajaan kini merosot kepada 39 peratus pada 31 Mac 2019 berbanding 79 peratus pada 31 Mei 2018.
Merdeka Centre melakukan kaji selidik ini bertujuan meninjau persepsi pengundi terhadap ekonomi, kepimpinan dan isu semasa.
Ia dilakukan di seluruh Malaysia antara 5 hingga 11 Mac lalu.
Kaji selidik yang melibatkan 1,204 pengundi ini juga mendapati hanya 34 peratus responden percaya negara kini di landasan yang betul berbanding 55 peratus pada Ogos 2018.
Badan kajian itu menjelaskan kaji selidik dilakukan terhadap 52 peratus pengundi Melayu, 29 peratus pengundi Cina, 7 peratus pengundi India, masing-masing 6 peratus pengundi Bumiputera Islam dan bukan Islam di Sabah dan Sarawak.
Dapatan ini merosot berbanding Ogos 2018 yang mana 55 peratus responden percaya negara berada di landasan yang betul.
“Sentimen ini lebih ketara dalam kalangan pengundi Melayu apabila hanya 24 peratus yang berasakan negara di landasan yang betul,” kata Merdeka Center dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Kemerosotan sokongan ini kata Merdeka Centre disebab oleh tiga faktor iaitu tanggapan ekonomi oleh pengguna biasa, tanggapan prestasi pentadbiran kerajaan dan kebimbangan terhadap hak dan keistimewaan Melayu serta layanan adil ke atas kaum-kaum lain di Malaysia.
Merdeka Centre juga mendakwa tahap puas hati terhadap pengurusan ekonomi oleh kerajaan jatuh daripada 60 peratus pada Ogos 2018 kepada 40 peratus pada Mac 2019.
Merdeka Centre merumuskan isu ekonomi masih jadi perhatian utama responden selain isu hubungan kaum yang melibatkan kontroversi rusuhan di sebuah kuil Hindu di Subang Jaya, Selangor dan polemik mengenai Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) tahun lalu.
Seramai 54 peratus responden menyatakan kebimbangan utama atas keadaan ekonomi yang tidak memberangsangkan termasuk inflasi dan kos sara hidup yang tinggi.
Baki 23 peratus prihatin dengan isu kaum seperti perlindungan hak Melayu dan layanan saksama ke atas kaum lain.
Perhatian pada isu rasuah sebaliknya merosot daripada 33 peratus pada Ogos 2018 kepada 23 peratus.

Kaji selidik yang dibuat bulan lepas itu menunjukkan hanya 34 peratus responden percaya negara kini di landasan yang betul.

Ulasan
Catat Ulasan