Abu Chin Peng tidak membakar tetapi ada bara





ABU TIDAK MAMBAKAR TAPI ADA BARA YG CUBA DI NYALA DI DALAM NYA...

Nukilan Tan Sri Annuar Musa. SETIAUSAHA AGONG UMNO

Chin Peng sudah lama mati. Beliau mati dalam keadaan agak senang dan mewah, bukan di hutan tapi di Bandar sebuah negara dan sebagai rakyat dan warganegara tersebut.

Chin Peng bukan Warganegara Malaysia. Malah apabila di beri peluang memohon kerakyatan pada tahun 1989 sewaktu perjanjian damai, beliau enggan membuat permohonan.

Chin Peng sebenarnya pengganas komunis totok. Beliau bukan pejuang tanah air tapi merupakan sebahagian dari pemuda “Cina di perantauan” yg kuat semangat kebencian terhadap penjajahan tentera Jepun di Tanah Melayu 1940an. Sentimen ini ditiup di kalangan orang cina berikutan peristiwa PERANG JEPUN CINA (Sino Japanese War 1&2) di China sebelumnya.

Cita2 Chin Peng ialah mengalahkan Jepun dan menjadikan Tanah Melayu sebahagian negara ber ideologi Komunis berkiblat ke Beijing.

Justeru apabila Tentera Jepun berundur (selepas pengeboman Hiroshima dan Nagasaki) Tentera Bintang Tiga Chin Peng telah mencuba menguasai pemerintahan di Tanah Melayu tapi mereka di tentang dan ditolak rakyat, termasuk oleh orang China sendiri.

Apabila British kembali utk mentadbir Tanah Melayu semula beberapa minggu setelah berundurnya Jepun, Chin Peng telah mengganas, termasuk menyerang dan membunuh polis dan tentera hatta orang awam tanpa mengira kaum asalkan mereka di syaki memberi kerjasama kepada British. Turut di bunuh adalah juga orang Asli yg tidak berkerjasama dgn mereka.
 



Penentangan bersenjata Chin Peng diteruskan walaupun setelah negara mencapai kemerdekaan. Penentangan bersenjata dan ganas berlarutan lebih 40 tahun. Ia dilancarkan oleh seorang yg bukan pun warganegara Malaysia dan tidak pernah memohon menjadi warganegara. BELIAU BUKAN NASIONALIS DAN BUKAN PEJUANG KEMERDEKAAN MALAH PENGGANAS KOMUNIS YG NYATA.


Justeru utk “KEMBALI KE RUMAH”di Setiawan, tidak pernah menjadi hasrat Chin Peng. Usaha membawa balek Abu Mayat Mendiang dan cara mana ia di uruskan ADALAH MANIFESTASI INITIATIF SAKI BAKI BARA API FAHAMAN ANUTAN CHIN PENG YG CUBA DI SEMARAKKAN SEMULA. Ianya tidak bersifat ritual keugamaan sepenuhnya tapi mempunyai intonasi POLITIK YG TERTENTU DAN SANGAT MERBAHAYA.

Perlakuan ini berinspirasikan KUASA YG SEDANG DI KECAPI dan mengambil kesempatan dari adanya elemen dan bibit permisif dan penerimaan kpd ideologi yang Chin Peng bawa dalam kerajaan itu sendiri

Justeru, harus disedari adanya API DALAM SEKAM atau BARA DALAM ABU yg boleh menyala bila bila masa saja.

Kerajaan PH perlu di letakkan di bawah mikroskop rakyat.. kerana hanya rakyat yg mampu memadamkan BARA DLM ABU agar tidak menyala buat selama-lamanya.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Sedih apabila melihat dua keadaan berbeza di Pasar Borong Selayang.

kkm tarik keluar 10 ubat gastrik risiko kanser