Awas Scammer 6011751 4147 Jual Telefon harga murah guna akaun bank tempatan

Dikesan seorang scammer  no. Tel 6011 1751 4147  menawarkan telefon berjenama dengan harga sangat murah di platfom Shopee. 

Dia menggunakan akaun bernama DYLANCULAZ yang telah disahkan oleh Shopee.

Akaun berkenaan telah ditutup oleh Shoppe.

Kaedahnya dia tidak mahu guna bayaran melalui Shopee tetapi meminta bayaran di masukkan terus ke akaun bank.

Beliau tidak mahu COD. semuanya dijanjikan penghantaran pos.

Setelah mangsa membayar jumlah yang berkenaan, dia akan pura pura menyiapkan barang untuk penghantaran dengan invois palsu.

Dia akan meminta tempoh penghantaran sekitar 4-6 jam.

Selepas itu dia akan menghubungi kembali mangsa dengan memberitahu perlu bayar sejumlah wang lagi untuk tujuan pelepasan kastam.

Dia berjanji akan memulang wang berkenaan semasa penyerahan pesanan.

Dia menggunakan kononnya maklum balas pelanggan untuk memperdayakan mangsa

 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MALAYSIA TIDAK IKTIRAF LESEN MEMANDU UNHCR .

Keluhan warga RTC Kelantan tentang peniaga asing