100,000 rakyat Malaysia bakal hilang pekerjaan
100,000 rakyat Malaysia bakal hilang pekerjaan 18 Februari 2020 Sektor pelancongan turut terjejas akibat wabak Covid-19. -Foto Bernama PETALING JAYA - Hampir 100,000 rakyat Malaysia bakal kehilangan pekerjaan jika wabak koronavirus (Covid-19) berterusan sehingga penghujung tahun ini. Menurut laporan akhbar theSundaily, Persekutuan Majikan Malaysia (MEF) meramalkan bahawa jumlah yang diberhentikan impak ekonomi kesan daripada virus itu boleh meningkat dua kali ganda daripada 40,000 orang yang kehilangan pekerjaan tahun lalu. Pengarah Eksekutif MEF, Datuk Shamsuddin Bardan memetik sebagai berkata, keadaan pasaran ketika ini agak membimbangkan setelah banyak syarikat terjejas apabila sebahagian pendapatan perniagaan mereka merosot sehingga 50 peratus berbanding yang diperoleh sebelum ini. "Sekiranya keadaan ini berterusan, angka pemberhentian boleh mencecah setinggi 100,000, iaitu lebih daripada dua kali ganda pada 2019," katanya. Sehingga kini, lebih daripada 1,700 orang telah...