Catatan

100,000 rakyat Malaysia bakal hilang pekerjaan

Imej
100,000 rakyat Malaysia bakal hilang pekerjaan 18 Februari 2020 Sektor pelancongan turut terjejas akibat wabak Covid-19. -Foto Bernama PETALING JAYA - Hampir 100,000 rakyat Malaysia bakal kehilangan pekerjaan jika wabak koronavirus (Covid-19) berterusan sehingga penghujung tahun ini. Menurut laporan akhbar theSundaily, Persekutuan Majikan Malaysia (MEF) meramalkan bahawa jumlah yang diberhentikan impak ekonomi kesan daripada virus itu boleh meningkat dua kali ganda daripada 40,000 orang yang kehilangan pekerjaan tahun lalu. Pengarah Eksekutif MEF, Datuk Shamsuddin Bardan memetik sebagai berkata, keadaan pasaran ketika ini agak membimbangkan setelah banyak syarikat terjejas apabila sebahagian pendapatan perniagaan mereka merosot sehingga 50 peratus berbanding yang diperoleh sebelum ini. "Sekiranya keadaan ini berterusan, angka pemberhentian boleh mencecah setinggi 100,000, iaitu lebih daripada dua kali ganda pada 2019," katanya. Sehingga kini, lebih daripada 1,700 orang telah...

Kecemasan diisytiharkan di Itali Covid-19 melonjak kepada 79

Imej
Kecemasan diisytiharkan di Itali Covid-19 melonjak kepada 79 Penumpang Komuter memakai topeng pernafasan  di Milan pada 22 Feb. Foto: AFP Oleh  Reuters  -  23 Februari, 2020 @ 8:47 pagi MILAN: Kes covid-19 coronavirus di Itali, negara yang paling terjejas di Eropah, meningkat pada hari Sabtu kepada hampir 80 orang, membunuh dua orang dan mendorong kerajaan untuk menutup kawasan yang paling teruk di wilayah utara Lombardy dan Veneto. Pihak berkuasa di kedua-dua wilayah, di mana wabak itu merebak, telah membatalkan acara sukan, termasuk tiga pertandingan bolasepak liga teratas, dan sekolah serta universiti ditutup. Syarikat Ray-Ban Luxottica hingga bank utama UniCredit memberi cuti kepada pekerja di kawasan yang terjejas supaya tinggal di rumah. Lombardy dan Veneto merupakan pusat perindustrian Itali dan menyumbang 30 peratus daripada keluaran dalam negeri kasar. Dengan perintah kecemasan yang diluluskan pada pertemuan di ibu pejabat agensi perlindungan awam Itali...

Itali melaporkan kematian coronavirus kedua dalam tempoh 24 jam

Imej
Itali melaporkan kematian coronavirus kedua manakala jangkitan covid-19 seluruh dunia melepasi angka 77,000 Dalam tempoh 24jam yang lalu Itali melaporkan kematian ke-2 seorang lelaki anak 3 mati di sebuah hospital di Veneto selepas kematian pertama seorang wanita mati di Lombardy. Seorang lelaki yang dinamakan oleh agensi berita Itali, Ansa sebagai bekas pemilik syarikat pembinaan, Adriano Trevisan, pada lewat 70-an, adalah antara hampir 60 kes disyaki atau disahkan di Itali setakat ini. Tiga orang  dikuarantin oleh sebuah hospital di Padua, di rantau Veneto di Itali utara, setelah didapati positif  COVID-19  ,  Imej: Tanda baca "Jabatan Kecemasan Ditutup" di pintu masuk ke hospital di Codogno Imej: Jalan Codogno sunyi setelah pihak berkuasa mengarahkan semua premis perniagaan ditutup ekoran penularan wabak covid-19. Pesakit kedua - seorang wanita - kemudian meninggal beberapa jam selepas kes pertama di Lombardy, sebuah wilayah juga di utara Itali  Kematian itu ...

Covid-19: Lelaki Itali warga Eropah pertama maut.

Imej
Covid-19: Lelaki Itali warga Eropah pertama maut 22 Februari 2020 8:59 PM mstar Seorang lelaki berusia 78 tahun maut selepas beberapa jam.  10 bandar di Itali dikenakan perintah berkurung. Foto Reuters SEORANG  lelaki warga Itali meninggal dunia dijangkiti koronavirus (Covid-19), menjadikannya sebagai warga Eropah pertama maut akibat virus tersebut. Lelaki yang berusia 78 tahun itu disahkan positif koronavirus beberapa jam selepas 10 bandar di negara itu diarahkan perintah berkurung disebabkan penularan virus itu. Bekas buruh binaan, Adriano Trevisan merupakan salah seorang daripada dua pesakit yang dijangkiti Covid-19. Menurut media  La Stampa , pesakit mempunyai tiga anak. Sehingga kini, seramai 15 orang dikenal pasti dijangkiti virus itu di daerah Lombardy. Keadaan itu menyebabkan kawasan tersebut dipantau. Ketua daerah Veneto, Luca Zaia pada awal pagi Jumaat berkata seramai 3,300 penduduk akan diperiksa tahap kesihatan mereka. Pekerja melakukan kerja-kerja semburan d...

wanita chongqing Ludah Butang Lif

Imej
(Video) Didakwa ‘Stress’ Lepas Bertengkar, Wanita Di China ’Kantoi’ Sengaja Ludah Pada Butang Lif Wabak global Covid-19 semakin membimbangkan ekoran angka kematian telah meningkat melebihi 1000 orang. Jangkitan penyakit ini dikatakan boleh tersebar melalui pelbagai cara dan salah satunya ialah bakteria daripada air liur seseorang. Perbuatan seorang wanita yang meludah di butang dalam sebuah lif di China terbongkar apabila tindak-tanduknya berjaya dirakamkan oleh kamera rakaman litar tertutup (CCTV). Rakaman CCTV itu memaparkan perbuatan wanita yang berumur 48 tahun itu dengan sengaja meludah ke arah butang di sebuah lif kawasan perumahan yang terletak di Chongqing, China pada Sabtu lalu. Tidak dapat dipastikan tujuan sebenar dia melakukan perkara tersebut. Namun, menurut portal Daily Mail, wanita tersebut didakwa cuba melepaskan rasa kecewanya dalam lif itu selepas bertengkar dengan orang lain. Rakaman tersebut bermula dengan perbuatan wanita itu membersihkan ta...

Kucing sering merenung tuannya

Imej
Jika anda sering perasan yang kucing anda merenung ke arah anda, ianya terdapat beberapa penjelasan di sebalik tingkahlaku ini. Memahami tingkahlaku kucing bergantung kepada bagaimana anda memahami apa yang difikirkan kucing.

Covid-19: Enggan Diperiksa Suhu Badan, Seorang Wanita Ditumbuk Berkali-Kali Oleh Petugas Kesihatan

Imej
Wabak Covid-19 yang sedang melanda dunia sekarang ini sangat membimbangkan apabila angka kematian telah melebihi 1000 orang. Disebabkan itu, pelbagai langkah berjaga-jaga dilaksanakan bagi memastikan wabak ini tidak terus menjadi kritikal. Pun begitu, masih ada segelintir manusia yang enggan memberi kerjasama kepada petugas-petugas untuk menjalankan langkah berjaga-jaga seperti membuat imbasan suhu. Begitulah yang dimaksudkan melalui satu rakaman video yang tular. Satu video yang tular memaparkan insiden seorang lelaki yang dipercayai sebagai petugas kesihatan sedang bertugas memukul seorang wanita kerana didakwa enggan suhu badannya diperiksa. Video yang tular di Weibo itu menunjukkan seorang wanita menjerit-jerit kepada seorang petugas kesihatan itu supaya petugas tersebut menjauhkan diri daripadanya. Insiden kekecohan itu berlaku selepas wanita tersebut didakwa menyerang petugas kesihatan berkenaan terlebih dahulu. Seorang wanita yang turut berada berdekatan ...