PRK P176 Kimanis Pertembungan PHWARISAN-BN. Undian Dalam Talian ada mesej tersendiri
FB Friend of Warisan melancarkan kempen undian dalam talian untuk mengukur sokongan kepada calon calon yang bertanding
A. FAKTA UNIK PRK P176 KIMANIS
1. KITA perlu ingat bahawa PRK Kimanis ini hanya berlaku kerana PH saman KERAJAAN PH dan menang kes dengan kerajaan PH.
2. PH sebenarnya telah gagal cubaan pertama membuktikan bahawa Ahli Parlimen BN rasuah pengundi sehingga PH diperintah oleh Mahkamah untuk membayar gantirugi kepada Ahli Parlimen BN.
3. Selepas itu, PH bertindak saman SPR lantikan kerajaan PH, SPR-PH terus mengaku ada buat kesalahan.
4. PH menang kes dengan kerajaan PH, maka berlakunya PRK Kimanis hari ini.
Macam ni pun jadi.
B. Penjelasan lanjut
1.Selepas PRU14, calon PH yang kalah telah memfailkan dua saman untuk membatalkan keputusan parlimen Kimanis.
2. Saman pertama tuduhan calon BN (yang selepas itu telah meninggalkan parti UMNO) merasuah pengundi.
3. Calon PH kalah rayuan pertama kerana tiada bukti calon BN merasuah pengundi lalu PH diarahkan oleh Mahkamah untuk membayar ganti rugi RM105,000 kepada calon BN.
4. Saman kedua ialah calon PH telah saman SPR-PH di bawah kerajaan PH atas tuduhan berlakunya salah langkah oleh SPR semasa PRU14.
5. Rayuan kedua ini berjaya kerana Mahkamah Persekutuan di bawah kerajaan PH mendapati SPR di bawah kerajaan PH telah melakukan kesalahan yang menyebabkan calon PH kalah.
6 Pengerusi SPR yang dilantik kerajaan PH pun mengeluarkan kenyataan bahawa SPR di bawah kerajaan PH menerima keputusan keputusan mahkamah di bawah kerajaan PH bahawa keputusan PRU14 parlimen Kimanis dibatalkan kerana berlakunya kesilapan yang menyebabkan calon PH kalah.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/12/634437/parlimen-kimanis-spr-akur-keputusan-mahkamah
Lagi terang tanpa bersuluh apabila SPR amat berbesar hati tidak merayu keputusan mereka kalah kes di Mahkamah. AMALAN BIASA PIHAK YANG KALAH MENGEMUKAKAN RAYUAN. NAMUN UNIK SPR-PH TIDAK BUAT SEBARANG RAYUAN.
Adakah kerajaan kalah kes tapi langsung tak mahu merayu?
Namun, AHLI Parlimen Kimanis yang dibatalkan kemenangannya tidak puas hati.
Dia membangkitkan isu bahawa 3 dari 5 hakim yang membuat keputusan di Mahkamah Persekutuan pernah membuat keputusan yang menyebelahi calon PH dalam kes yang sama ini.
Ini adalah janggal kerana kebiasaannya, hakim yang sama tidak boleh membuat keputusan dua kali dalam kes yang sama.
Sebab hakim yang sama tak patut dirayu untuk membatalkan keputusan yang mereka pernah buat dalam kes yang sama.
Tapi itulah Rule of Law PH.
Dengan itu, Anifah Aman memfailkan semakan terhadap keputusan Mahkamah Persekutuan kerana keputusan itu didakwa telah tercemar:
https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2019/12/09/anifah-to-file-for-revision-of-kimanis-court-ruling/
Anifah juga membuat keputusan untuk saman SPR kerajaan PH kerana SPR kerajaan PH telah kalah dalam kes tersebut atas sebab salah laku SPR sendiri.
https://www.malaysiakini.com/news/502789
Sebenarnya, keputusan kes ini adalah amat berbahaya kerana ini seolah-olah membuka jalan untuk kerajaan PH merayu dan membatalkan keputusan mana-mana PRU atau PRK dengan mengeluarkan saman terhadap SPR di bawah mereka.
Sebab itu, pengundi patut menolak PH untuk menghantar mesej bahawa mereka membantah taktik paling kotor PH ini supaya ianya tidak diulangkan lagi.
Ulasan
Catat Ulasan