2020 Tahun mencabar ketahanan rakyat
*TAHUN 2020 AKAN LEBIH MENCABAR BUAT RAKYAT MALAYSIA*1. Tahun 2020 akan menjadi tempoh masa yang mencabar dan sukar buat rakyat Malaysia kerana kegagalan kerajaan PH menyelesaikan isu dan masalah yang timbul sejak memerintah negara.2. Kerajaan PH juga telah membuang masa setahun memerintah negara dengan tiada apa-apa pembaharuan dan polisi yang cekap, malah mengundang kepada lebih banyak kegagalan khasnya dalam konteks pertumbuhan ekonomi.3. Pada tahun 2019, ekonomi negara semakin hilang daya saing di bawah kerajaan PH dengan menyaksikan pertumbuhan KDNK Malaysia adalah lemah dan tidak berkembang dengan purata 4.6% serta peningkatan aliran keluar pelabur asing berjumlah RM 700.2 juta pada minggu lepas.4. Selain itu, selama tempoh setahun, kerajaan juga gagal menyelesaikan masalah ekonomi rakyat seperti 60% siswazah peringkat pengajian Ijazah Pertama masih menganggur selepas tamat pengajian dan kadar pengangguran belia meningkat kepada 10.92 %. Apakah yang dilakukan kerajaan sepanjang tahun 2019?5. Kerajaan PH hanya mahir menyalahkan rakyat atas kelembapan ekonomi dengan mengatakan ekonomi Malaysia akan jatuh merudum sekiranya rakyat tidak berbelanja. Soalnya bagaimanakah rakyat hendak berbelanja jika tidak mempunyai kuasa beli yang tinggi?6. Kegagalan kerajaan ini juga melibatkan aspek dagangan antarabangsa apabila syarikat penapis minyak sawit India mula menghentikan pembelian minyak sawit dari Malaysia dan menjejaskan pekebun kecil seramai 762,635 orang.7. Terlalu banyak kegagalan yang hendak disenaraikan yang akhirnya menyebabkan rakyat semakin tertindas dan tertekan. Tahun 2020 akan menjadi lebih mencabar dan perlaksanaan manifesto seperti didakwa Lim Guan Eng tidak akan menyumbang apa-apa kepada kepentingan awam.8. Rakyat mahukan sebuah kerajaan yang berfungsi iaitu melindungi kebajikan dan kepentingan awam bukannya sebuah kerajaan yang gagal dan hanya mementingkan perebutan kuasa.9. Persoalannya ialah kita akan menghadapi tahun yang sangat mencabar dibawah pemerintahan kerajaan PH terutama sekali melibatkan aspek pertumbuhan ekonomi, daya saing global, kebajikan rakyat, isu keselamatan dan juga keharmonian di mana kerajaan PH gagal melaksanakan kesemua agenda ini.Dr. Najmil Faiz Mohamed ArisExco PPUM/TKUB Kuala Terengganuhttps://www.facebook.com/1548685092013795/posts/2494269320788696/?d=n
Ulasan
Catat Ulasan