Karim Bujang muncul lagi sebagai calon ‘kitar semula’ Warisan.
Karim Bujang muncul lagi sebagai calon ‘kitar semula’ Warisan. Karim dilihat mempunyai masalah besar sokongan di dun Membakut. Bolehkah Karim Bujang menang? Rakyat juga benci Warisan pro PTI.
MEMBAKUT: Seperti dijangka Parti Warisan Sabah (WARISAN) mengumumkan Ketua Bahagian WARISAN Kimanis, Datuk Karim Bujang sebagai calon parti itu bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kimanis.
Pengumuman dibuat Ketua Menteri yang juga Presiden WARISAN, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal pada pelancaran jentera parti itu semalam.
Mohd Shafie berkata, pemilihan itu mengambil kira sokongan rakyat dan usaha diambil Karim memfailkan petisyen Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) bagi kawasan berkenaan, tahun lalu.
“Tidak mungkin ada PRK kalau bukan kerana Datuk Karim Bujang, maka calonnya ialah Karim,” katanya.
Karim yang tewas 156 undi kepada bekas Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman, ketika PRU-14 memfailkan petisyen pilihan raya pada 2018.
Ogos lalu, Mahkamah Khas Pilihan Raya memutuskan keputusan PRU-14 bagi Parlimen Kimanis tidak sah dan batal sebelum dikekalkan Mahkamah Persekutuan yang mendengar rayuan Anifah pada awal bulan lalu.
Karim merupakan bekas Adun Bongawan 5 penggal dan menjadi Pembantu Menteri Pelancongan Sabah ketika dalam BN. Ketika itu beliau kaya raya membina Resort Karim Bujang di Binsulok Membakut dan kontroversi isu rasuah serta kemewahan banglo RM8 jutanya di Putatan dimainkan oleh portal Malaysiakini.com suatu ketika dulu.
[https://sabahkini2.com/en/news/2469/karim-bujang-adun-gagal-5-penggal-kaki-rasuah-calon-warisan-parlimen-kimanis-/view]
Ulasan
Catat Ulasan